Bakal Haji Terpilih 1433 yang berurusan dengan THWP telah dikeluarkan surat tawaran dalam tempoh 4 hari bermula pada 21 Feb hingga 24 Feb 2012. Bakal Haji yang terpilih hendaklah mengambil kesempatan untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Elakkan daripada menangguh pemergian kerana kesempatan ini mungkin tidak ada pada tahun yang mendatang.Penangguhan hanya boleh dibuat atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Syarak. Contoh berkaitan masalah kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Pegawai Perubatan atau mempunyai penyakit Kronik.Pada 28 Feb 2012 Bakal haji WP yang telah menjawab Cuma 5% dan yang menolak 1% dan bakinya masih belum membuat jawapan.Kemungkinan Bakal Haji yang belum menjawab adalah kerana belum mencukupi Bayaran Haji atau pasangan masih belum terpilih atau belum menerima surat...