Pada 29 Januari 2012 jam 8.30, Haji dan Hajah 1432H telah mula dating ke Dewan Muktamar Pusat Islam bagi menghadiri Himpunan Persaudaraan Hujjah 1432H peringkat Wilayah Persekutuan.Dewan telah dipenuhi oleh Haji dan Hajah bertepatan jam 9.30 pagi dengan dimulai Pemohonan Doa oleh Ustaz Haji Zambri Zainal Abidin dan Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Hamidun Ibrahim, Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan.Dalam Himpunan ini di isi Foram Mengekal Kemabruran Haji antara Ahli Panel ialah Dr. Haji Zuklifli Mohamad Al Bakri dan Ustaz Haji Zambri Zainal Abidin.Semasa Himpunan beberapa perkara dapat dimanafaat oleh Haji dan Hajah adalah seperti berikut:• Merapatkan hubungan Silaturahim di antara Haji, Hajah dan Anggota Tabung Haji. Bagaimana Haji dan Hajah boleh sentiasa berhubung dan bertanya khabar...