Friday, November 25, 2011

"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H"

Assalamualaikum.Haji, Hajah, Bakal-bakal Haji dan muslimin dan muslimat.Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut dan menghayati Hijrah Rasullah s.w.a pada tahun 1433 Hijrah pada 27 November 2011 hari Ahad ini.. Harap dapat kita semua dapat memahami dan beramal kepada potongan Hadis dan Ayat Al Quran di bawah ini. Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya....

Tuesday, November 22, 2011

Nasyid Nama-Nama Surah al-Qur'an

Bagi membantu kita dapat mengingat nama-nama 114 Surah dalam 30 Juz Al Quran marilah sama-sama kita mendengar selalu nasyid "Nama-nama Surah Al Qur...

Monday, November 21, 2011

WUDUK

Orang Islam sangat cerdik dalam melakukan segala aktiviti harian. Mereka mengharap setiap aktivitinya mendapat Rahmat daripada Allah. Bukan setakat mendapatkan Rahmat tapi hendak juga Rahim Allah s.w.t. Maka setiap perbuatan yang sunat akan diiringi dengan berwuduk. Seperti apabila hendak berdoa, hendak bermusafir dan lain-lain lagi. Perbuatan yang harus juga di tingkatkan supaya menjadi sunat, seperti makan. Makan itu harus tapi dimulakan dengan membaca Basmalah dan disudahkan dengan doa.Perbuatan Ibadat akan tidak sah atau berdosa jika tiada wuduk. Apabila hendak solat atau Tawaf perlu ada wuduk, jika tiada tidak sah solat atau tawaf. Perbuatan menyentuh dan membawa Al Quran perlu ada wuduk, jika tiada mereka akan menanggung dosa.Wuduk adalah...

Sunday, November 20, 2011

SOLAT

Manusia yang beriman akan melaksanakan Solat 5 waktu sehari semalam. Melaku Solat Subuh, Zuhor, Asar, Magrib dan Ishak. Perlakuan solat adalah apa yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.Rukun solat ada 13 perkara wajib dilakukan.1. Berniat melakukan solat kerana Allah.2. Berdiri Tegak3. Takbirratul Ihram4. Membaca Al Fatihah5. Rukuk6. Iktidal7. Sujud8. Duduk diantara 2 sujud9. Duduk Tahayat akhir10. Membaca Tahayat akhir11. Selawat atas nabi pada Tahayat akhir12. Salam13. TertibRukun Solat di bahagi kepada 3 iaitu Rukun Hati, Perbuatan dan Percakapan.Persiapan untuk medirikan solat, pembersihan diri dan hati perlu dilakukan. Pembersihan hati dengan memperbanyak beristifar daripada dosa yang dilakukan di antara satu-satu solat. Mungkin kita rasa...

Saturday, November 19, 2011

MENGUCAP DUA KALIMAH SYADAH

“Aku naik saksi tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah”Seorang yang beriman akan setiap hari Wajib melafazkan Shadah 9 kali iaitu Semasa Solat Subuh sekali, Solat Zuhor 2 kali, Solat Asar 2 kali, Solat Magrib 2 kali dan solat Ishak 2 kali.Perakuan kita menolak semua tuhan yang disembah oleh manusia seperti berhala, mengatakan Isa anak tuhan, pokok kayu, bukit, matahari dan lain-lain. Kita hanya memperakui Allah sahaja tuhan yang disembah. Perkataan Allah adalah Al Quran, kita dapat mengetahui perintah Allah terdapat dalam Al Quran. Al Quran berbahasa Arab, bagi kita yang bukan Bangsa Arab tidak akan faham melainkan kita belaja Bahasa Arab. Jika tidak boleh berbahasa Arab, dapatkan Al Quran yang mempunyai terjemahan...

Monday, November 14, 2011

KEMBALINYA JEMAAH HAJI 1432H KE TANAH AIR

Selamat kembali Haji dan Hajah 1432H ke Tanah Air bermula 12 November 2011 semoga mendapat Haji Mabrur. Semoga dengan kembalinya Haji dan Hajah, memberi Rahmat Allah sw.t. kepada Jiran Tertangga, Kampung, Negeri dan Negara. Haji dan Hajah dapat meneruskan amalan semasa di Tanah Suci di Tanah Air. Amalan yang dilakukan di Tanah Suci ialah seperti berikut:Ibadat: Menunggu waktu Solat, Solat berjemaah, banyak melakukan solat sunat, beriktikaf dalam masjid, berzikir, berdoa dan membaca Al Quran.Hubungan Manusia : Menyebarkan Salam dan murah memberi senyuman. Membantu, menolong orang lain dan suka bersedekah.Peribadi : Berakhlak, bercakap dan perbuatan tidak menyinggung perasaan dan tidak menyakit orang lain.Hubungan Silaturahim : Hendak selalu...

Sunday, November 13, 2011

Kualiti ibadat ditunjukkan jadi ukuran kedudukan haji seseorang

Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh2011/11/12JEMAAH haji beribadat di khemah di Arafah.SYARIAT Nabi Ibrahim dalam ibadah haji adalah untuk merealisasikan kalimah tauhid dan takzim yang diucapkan ketika solat iaitu, “Sesungguhnya solatku, ibadatku serta seluruh kehidupanku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.”Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika Kami tempatkan Ibrahim di Baitullah seraya menyeru, janganlah kamu menyengutukan Aku dengan apa juga sekalipun.” (Surah Al-Haj, ayat 26)Semua sifat syirik, sikap melebihkan makhluk daripada pencipta dan menjauhi sifat dusta adalah antara matlamat ibadah haji.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka selepas kamu mengagungkan Allah dalam haji, jauhilah bentuk syirik dan penyembahan selain Allah...

Friday, November 11, 2011

Kumpulan pertama jemaah haji pulang esok

MAKKAH: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah jam 7.25 pagi Sabtu (12.25 tengah hari waktu Malaysia) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.25 malam waktu Malaysia.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, berkata sementara itu jemaah haji dari kumpulan pertama ke Madinah dari sini pula akan berlepas pada 16 November ini dan kumpulan pertama dari Madinah yang akan kembali ke tanah air ialah pada 27 November.Beliau berkata, 33 peratus daripada jemaah haji Malaysia akan kembali ke tanah air menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di Madinah, manakala selebihnya menerusi...

Wednesday, November 9, 2011

KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI BAKAL HAJI

Mereka yang telah mendaftar haji dengan Tabung Haji hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat peribadi. Maklumat yang selalu berubah adalah alamat surat menyurat, no telefon, alamat e-mail.Pengalaman setiap tahun ramai bakal haji yang tidak dapat dihubungi kerana alamat telah bertukar atau tidak lengkap,tiada nombor telefon atau telah tukar nombor dan tiada alamat email apabila mereka terpilih menunaikan haji. Kemungkinan bakal haji ada yang terlibat, menunggu tanpa berita. Ada juga mereka terlupa samada telah mendaftar haji atau tidak.Apabila berurusan dengan Tabung Haji berkaitan simpanan atau pengeluaran harap disemak maklumat peribadi samada maklumat yang ada dalam rekod Tabung Haji adalah betul dan terkini.Peraturan untuk membuat pembetulan maklumat peribadi, bakal haji perlu melengkapkan...

Saturday, November 5, 2011

10 Zulhijjah miliki banyak kelebihan, pahala digandakan

Oleh Ustaz Zamanuddin Jusohbhnews@bharian.com.myALLAH SWT menebarkan rahmat ke atas umatnya dengan menggalakkan mereka melakukan banyak amal ibadat untuk mendekatkan diri dengan-Nya. Di samping itu, disediakan kelebihan tersendiri pada semua ibadat.Ibadat haji adalah ibadat jasmani dalam jangka panjang bagi menzahirkan keesaan Allah SWT. Ini dapat dilihat melalui lafaz talbiah yang diucapkan jemaah haji yang memfokuskan kepada tauhid ubudiyyah kepada Allah SWT.Bagi mereka yang melakukan haji penuh keikhlasan dan dapat mendisiplinkan diri dengan tuntutan serta larangan akan dikurniakan ganjaran besar di sisi Allah SWT.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan haji serta mematuhi larangannya iaitu tidak melakukan perkara keji,...

Lambaian Kaabah: 28,000 jemaah menuju Arafah

Tabung Haji sedia 700 bas bergerak secara berperingkat mulai jam 3 petang MAKKAH: Seramai 28,000 jemaah haji Malaysia adalah antara kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia yang mula bergerak menuju ke Arafah kira-kira 20 kilometer dari sini, semalam, untuk berwukuf hari ini. Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar, berkata Tabung Haji menyediakan 700 bas bagi membawa jemaah haji Malaysia secara berperingkat mulai jam 3 petang (8 malam waktu Malaysia), selepas solat Jumaat. “Perjalanan dari kota Makkah ke Arafah dijangka mengambil masa sejam setengah dan kumpulan terakhir dijangka tiba sebelum subuh hari ini,” katanya di sini, semalam. Katanya, petugas Tabung Haji digerakkan seawal jam 7.30 pagi (12.30 tengah hari waktu Malaysia)...

Thursday, November 3, 2011

Perkhidmatan monorel Arafah-Mina siap

MAKKAH: Sistem monorel Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (Makkah Metro) kini siap sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.Penolong Pengurus Stesen Arafah 1, Yuszaini Mohd Yusop, berkata pada musim haji tahun lalu, perkhidmatan itu beroperasi hanya 35 peratus."Perkhidmatan tren ini adalah bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf," katanya di sini.Wukuf iaitu satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap anggota jemaah, pada tahun ini ialah pada 5 November bersamaan 9 Zulhijjah.Jemaah dengan berpakaian ihram akan bergerak dari Makkah menuju ke Padang Arafah pada 4 November dan bermalam...

Tuesday, November 1, 2011

Balasan baik tuntut pengorbanan

Oleh Ashraf Muslimbhnews@bharian.com.my 31/10/2011Reda, ikhlas hadapi masalah bantu kehidupan positif KESEDIAAN Nabi Ismail merelakan dirinya disembelih bapa tersayang, Nabi Ibrahim, kerana memenuhi suruhan Allah menimbulkan persoalan sejauh mana kitabersediamengorbankan sesuatu yang kita sayang, tambahan dalam dunia material kini.Namun, fakta sejarah yang terus diingatkan setiap kali menjelang Aidiladha itu sebenarnya memberi seribu satu makna kepada sesiapa berdepan situasi terpaksa melepaskan apa yang disukai biar dengan apa niat atau matlamatnya.Apa yang jelas, jika pengorbanan itu dilakukan secara ikhlas, dengan izin Allah, ganjaran menanti lebih baik dan selalunya kita tidak menyangka habuan diterima kerana nikmatnya memang tidak terduga....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes