Friday, September 30, 2011

Lagi pujian Arab kepada pengurusan haji Malaysia

MADINAH: Pengurusan haji dan jemaah haji Malaysia adalah contoh terbaik yang harus diteladani setiap negara Islam lain, kata Ketua Operasi Pasport Asia Tenggara Arab Saudi, Naif Abdul Hameed Shahate. Katanya beliau kagum dengan kelancaran perjalanan haji jemaah dari Malaysia dan menurutnya beliau mendapati kebanyakan jemaah haji Malaysia dibekalkan dengan pengetahuan yang mencukupi untuk menyediakan diri apabila berada di tanah suci. Beliau berkata apabila jemaah haji Malaysia tiba di lapangan terbang di sini, kebanyakan mereka sudah tahu banyak perkara mengenai tempat penginapan, bilik masing-masing, soal pasport, lokasi tempat ziarah dan sebagainya. "Semua ini adalah hasil pengurusan yang cekap, yang membabitkan kerjasama semua jabatan yang berkaitan," katanya menerusi seorang penterjemah...

Thursday, September 29, 2011

Persiapan sambut jemaah haji di Madinah sedang rancak

MADINAH: Segala persiapan untuk menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini berjalan rancak dengan pelbagai langkah diambil bagi menjamin keselesaan sepanjang tempoh mereka menjalankan ibadah di sini.Pegawai Operasi Haji di Madinah, Shahrunnajmi Basharuddin, berkata pengurusan Tabung Haji sudah mula memantau tempat penginapan, selain membuat persediaan rapi dalam urusan pelbagai aspek lain seperti penyediaan pusat rawatan serta perancangan dari segi program ziarah dan penyediaan makanan untuk bakal-bakal haji.Beliau berkata, lebih separuh daripada 28,000 jemaah haji Malaysia tahun ini akan berada di Madinah terlebih dahulu sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan haji."Lebih 200 petugas Tabung Haji,...

Wednesday, September 28, 2011

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI 1432H

Saya mengucapkan kepada bakal haji 1432H selamat berangkat ke Tanah Suci bermula 29 September 2011 dan selamat Kembali ke Tanah Air dengan mendapat Haji Mabrur. Bakal haji yang berada di Tanah Suci harap doakan supaya umat islam di Malaysia dapat mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah s.w.t secara keseluruhannya.Bakal Haji yang berurusan melalui Blog Haji Saya atau menghantar e mail kepada saya, ada yang tidak berpuas hati dan meluahkan kemarahan kerana sebab-sebab berikut:• Rayuan mereka yang tidak Berjaya atau lambat mendapat kelulusan.• Lambat mendapat Surat Jadual Penerbangan.Saya memohon maaf kerana keputusan bukan dibuat oleh saya. Saya hanyalah sebagai jambatan atau penghubung kepada pihak yang tertentu.Insya Allah saya akan menambah lagi perkhidmatan melalui Internet pada...

Tuesday, September 27, 2011

MUHASABAH DIRI DI TANAH SUCI.

Apabila mula sampai di Madinah atau Mekah seeloknya bakal haji membuat muhasabah diri berkaitan amalan yang telah dilakukan setiap hari. Catatkan amalan sehari yang berlaku supaya esoknya dapat dilakukan lebih baik dan lebih memberi kesan kepada diri. Buat perbandingan berehat, bersembang dengan melakukan perkara yang lebih mendatangkan manafaat dunia dan akhirat. Sebagai contoh jika dalam bilik semasa berehat biasanya kita bercakap-cakap tanpa tajuk. Penambahbaikan bolehlah diberi tajuk perbualan atau dibaca buku dan dibuat perbincangan.Pengisian semasa berjalan ke Masjid, tujuan untuk sampai ke masjid. Cuba fikirkan untuk menafaat perjalanan tersebut sebagai contoh dalam perjalanan di tentukan supaya dapat 10 orang yang dijumpai dan diberi salam dan bersalamam jika boleh berbahasa melayu...

Monday, September 26, 2011

PENGEDARAN MAKAN DI TANAH SUCI

Semasa di Madinah bakal haji Muassasah akan dibekalkan kad makan. Bakal haji hendaklah membawa kad tersebut untuk mengambil makan tengahari atau makan malam. Jika hendak mengambil makanan bagi pihak orang lain pastikan dibawa kad mereka yang diwakilkan.Di Madinah minuman pagi hendaklah di ambil di tempat makan.Semasa di Mekah bakal haji Muassasah akan mengambil makanan di tingkat masing-masing. Cara mengambilnya ialah memadai seorang wakil bilik dating mengambil di tempat yang ditentukan. Pengedar makanan ada senarai bilangan orang dalam setiap bilik di tingkat tersebut. Wakil akan memaklumkan dari bilik no berapa dan pembekal akan member pek makanan mengikut jumpah orang dalam bilik tersebut.Bakal haji dibekalkan uncang tea dan gula bagi tempoh berada di Mekah. Satu Pemanas air dan cawan...

Saturday, September 24, 2011

PERSIAPAN UNTUK BERANGKAT KE TANAH SUCI

Bakal haji hendaklah membaca dengan teliti surat jadual penerbangan (SJP). Pastikan tarikh dan waktu untuk melapor diri di stesen berlepas. Tinggalkan keratin di bahagian bawah SJP dan bawa surat SJP semasa melapor diri.Buatkan senarai semak barang-barang yang perlu di masukan dalam beg pakaian dan beg galas.Tandakan pada senarai semak dan masukan dalam beg. Senarai semak ini dapat membantu bakal haji jika ragu samada barang tertentu telah dimasukan dalam beg tidak perlu dikeluarkan semua barang untuk memastikannya. Bakal haji seeloknya membawa 2 beg sahaja iaitu beg pakaian dan beg galas bagi memudahkan untuk pegerakan. Beg pakaian tidak melehihi 20 kg dan beg galas tidak melebihi 5 kg.Dokumen dan barang penting yang perlu disimpan dalam beg galas ialah Buku Rekod Rawatan, ubat-ubatan, berus...

Thursday, September 22, 2011

GELANG PENGENALAN HAJI 1432H

Gelang pengenalan haji (GPH) adal pengenalan jemaah haji Malaysia. Pada GPH tercatat di bahagian dalam nama dan no kad pengenalan. Bahagian atas tertulis jawi perkataan Malaysian dan no telefon TH Mekah bagi tujuan kecemasan.Bakal haji ada yang telah menerima GPH melalui Pos Laju dan yang belum menerima akan menerimanya berperingkat-peringkat. Semua bakal Haji akan menerima samada Muassasah, Pakej THTS dan Syarikat Swasta (PJH).Bakal haji hendaklah memakai GPH bermula di rumah semasa hendak membuat perjalanan ke stesen berlepas dan hendaklah kekal memakainya semasa di Tanah Suci terutamanya semasa di Arafah, Mudzlifah dan di Mina.Jika bakal haji masih belum menerima sehingga waktu Chek In sila membuat laporan di stesen berlepas supaya TH dapat mengadakan untuk bakal haji....

Wednesday, September 21, 2011

BEG GALAS JEMAAH HAJI 1432H

Tabung Haji Wilayah Persekutuan sedang mengedarkan beg galas kepada bakal haji Muassasah yang berurusan di THWP. Bakal Haji dikehendaki datang ke THWP mengikut tarikh pada surat yang diedarkan semasa Kursus Perdana Haji di Putrajaya. Beg galas mula diedarkan pada 20 September 2011. Bakal Haji yang tidak dapat hadir Kursus Perdana Haji dan tidak menerima surat tersebut boleh hadir ke THWP selepas 3 Oktober 2011 kecuali bakal haji yang akan berangkat awal bolehlah datang lebih awal untuk mengambil beg galas.Beg galas adalah bagi muatan barangan 5kg dan boleh dibawa dalam pesawat. Beg galas ini juga digunakan semasa ke Arafah, Mudzalifah dan Mina. Beg galas boleh membantu Petugas TH, Pakej THTS dan PJH memberi bantuan jika bakal haji dalam keadaan kesulitan semasa perjalanan Arafah, Medzlifah...

Tuesday, September 20, 2011

MEMBELI BARANGAN DI MADINAH DAN MEKAH

Di Tanah Suci Mekah dan Midanah buka sahaja tempat beribadat tapi juga tempat membeli belah atau perdagangan. Bakal haji hendaklah dapat membuat pertimbangan sewajarnya supaya tidak terpengaruh dengan barangan jualan yang terdapat di mana-mana. Tidak cukup dengan kedai-kedai yang telah sedia ada, di tambah dengan gerai-gerai tambahan yang berlesen dan perniagaan yang tidak berlesen di tepi jalan atau di dataran masjid dengan penjual yang bergerak.Kebanyakkan barangan yang dibeli oleh jemaah haji adalah seperti sejadah, tasbih, ketayap, kain serban, kain tudung dan barang-barang yang pelik-pelik. Ada juga barang-barang mainan dari Cina.Barang makanan seperti kismis, jenis kurma, halwa, jenis kacang, minyak zaiton dan pelbagai lagi.Tujuan jemaah haji membeli barangan tersebut adalah sebahagiannya...

Monday, September 19, 2011

MEMAHAMI SOLAT.

Umat islam di wajib untuk solat 5 waktu sehari semalam. Perlakuan dalam solat adalah sama setiap kali solat, cuma yang membezakannya adalah rakaat. Solat adalah perintah Allah bukan adat yang dilakukan oleh nenek moyang yang terdahulu. Oleh itu hendaklah kita memahami setiap pergerakan, pembacaan dalam solat. Perlakuan solat hendak bersungguh kerana berkata-kata dengan Allah s.w.t., hati mesti hadir.Mari kita baca cerita ini;Seorang pahlawan berkuda ( menaiki kuda) yang berada di perbarisan berkuda keluar dari barisan menuju ke arah raja untuk menyembah hormat dan memohon sesuatu. Apabila sampai di hadapan Raja, pahlawan melakukan perbuatan untuk menhormat raja sambil berkata sesuatu yang tidak tidak difahaminya. Kemudian turun dari kudanya dan meninggalkan kuda di hadapan raja. Pahlawan masih...

Friday, September 16, 2011

PERSIAPAN KURSUS PERDANA HAJI 1432H

Kursus Perdana Haji Wilayah Persekutuan dan Selangor akan di adakan pada 17 dan 18 September 2011. Kursus Perdana Haji Wilayah Persekutuan di adakan di Masjid Putra Putrajaya dan Selangor di Masjid Negeri Shah Alam.Peserta Kursus Wilayah Persekutuan hendaklah makan tengahari di rumah sebelum datang untuk pendaftaran kerana TH tidak menyediakan makan tengahari pada 17 September 2011.Pastikan kenderaan dilekat pelekat Kursus Perdana Haji yang diberi pada cermin hadapan bagi memudahkan pihak polis menunjuk arah ke tempat letak kenderaan.Perserta Kursus hendaklah membawa barangan seperti berikut:Pakaian Ihram : Peserta kursus dikehendaki memakai pakaian ihram apabila sampai di Masjid Putra.Tikar : Kegunaan mengalas tempat duduk dan tempat tidor.Selipar : Seelok-eloknya peserta kursus memakai selipar...

Wednesday, September 14, 2011

PAKAIAN SOLAT DI TANAH SUCI

Bakal haji akan mengambil kesempatan solat sebanyaknya di Masjidil Nabawi Madinah dan Masjidil Haram Mekah. Bagi Jemaah Wanita kebanyaknya dilihat memakai telekong untuk solat tapi jemaah haji lelaki ramai yang solat tidak memakai pakaian solat yang kusus. Ada mereka memakai seluar yang memperlihatkan bentuk bahagian belakang (punggung) dan memakai baju yang bergambar atau ada tulisan dan terlalu ketat. Bukannya berpakaian demikian tidak sah solat, tapi tidak mengambarkan kesungguhan tujuan untuk solat. Pakaian mengambarkan tujuan pemakainya seperti contoh pakai pakaian sukan adalah untuk bersukan, pakai seluar dan kemeja biasa untuk berjalan atau berkerja dan lain-lain.Oleh itu jemaah lelaki hendaklan memakai pakaian solat sebagai contoh memakai baju melayu dan berkain sarung atau berjubah...

Tuesday, September 13, 2011

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI KALI KEDUA

Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan pos surat Jadual Penerbangan kali kedua pada 14 September 2011. Bakal haji yang ingin mengetahui tarikh penerbangan boleh memaklumkan nama dan no IC (tanpa sengkang ) bagi mempercepatkan tindakan. contoh no IC 721023105233 bukan 721023-10-5233. Sila hantar ke e mail phptdwil@lth.gov.my.Saya mengucapkan taniah kepada bakal haji yang telah mengetahui tarikh penerbangan dan yang masih belum mengetahui tarikh penerbangan harap bersabar kerana maklumat ini dikeluarkan berperingkat-peringk...

Monday, September 12, 2011

BAKAL HAJI YANG UZUR DAN SAKIT

Setiap musim haji Tabung Haji akan bersiap sedia dengan menyediakan ubat-ubatan dan membawa Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat, Pembantu Hospitan dan lain kakitangan berkaitan perubatan ke Tanah Suci. Kakitangan perubatan adalah mereka dari Kementerian Kesihatan Malaysia.Kesempurnaan Ibadat Haji sangat berkait rapat dengan tahap kesihatan bakal haji. Bakal Haji yang telah melalui saringan kesihatan sebelum ke Tanah Suci hendaklah mendapat kelulusan Pegawai Perubatan terbahagi kepada tahap berikut:• Tiada penyakit yang merbahaya.• Ada penyakit yang merbahaya tapi stabil• Mempunyai penyakit merbahaya dengan mendapat kelulusan Pegawai Perubatan Pakar.Bakal Haji yang tiada penyakit kebiasaannya mereka akan menghidapi selsema, batuk atau demam. Bagi mengelakannya hendaklah bakal haji memakai...

Sunday, September 11, 2011

PENGETAHUAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

Bakal haji telah mendapat pengetahuan ibadat haji di Malaysia semasa Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji. Sebelum ke Tanah Suci bakal haji telah mempunyai keyakinan yang cukup untuk beribadat. Maka apabila sampai di Tanah Suci jangan terpengaruh dengan apa yang berlaku di sana.Semasa beribadat di Tanah Suci bakal haji akan melihat ramai jemaah haji dari Negara lain akan melakukan ibadat tidak sama dengan yang difahami. Umat islam seluruh dunia akan berada di Tanah Suci dan mereka berfahaman pelbagai Mazhab. Dengan sebab melihat banyak kelainan dengan yang difahami maka timbul kekeliruan.Bakal haji juga akan terbaca pada buku-buku yang diedarkan percuma atau dalam akhbar yang mempengaruhi kefahaman bakal haji. Seharus tidak menimbulkan masalah kerana bakal haji telah...

Thursday, September 8, 2011

HOTEL DI MEKAH

Bangunan Penginapan bakal haji di Mekah sangat terhad kerana banyak bangunan yang dirobohkan bagi pembangunan semula kota Mekah. Oleh itu ada bakal haji Malaysia akan menginap di bangunan yang agak jauh.Bakal haji yang menginap di tempat yang jauh akan bimbang kerana akan berjalan kaki dengan jarak yang jauh ke masjid. Bakal haji akan memikirkan kepanasan matahari apabila ke masjid. Fikiran hanya tertumpu kepada kepayahan untuk ke masjid.Bangunan Hotel yang didiami oleh bakal haji Malaysia adalah cantik dan mempunyai banyak kemudahan walaupun jauh.. Mempunyai ruang legar yang luas, kemudahan surau bagi bakal haji yang uzur dan pelbagai kemudahan lain.Bakal haji yang tinggal jauh dari masjid akan melakukan tindak yang pro aktif seperti berikut:• Pergi awal ke Masjid• Mengambil tindakan beriktikaf...

Tuesday, September 6, 2011

BERHATI-HATI DI MEKAH

Semasa bakal haji berada di Mekah, bakal haji perlu berhati-hati kepada pihak yang tidak dikenali menawar beberapa perkhidmatan dengan di kena bayaran. Antara perkhidmatan adalah seperti berikut:• Upah haji• Bayaran dam• Menjual batu permata, kayu kokak , minyak unta, minyak dop dan barang-barang lain yang dianggap pelik.• Membantu untuk cium Hajar AswadBakal haji juga perlu berhati-hati apabila membuat pembelian dengan penjual di merata tempat kerana mereka menjual tanpa kelulusan pihak kerajaan Arab Saudi. Apabila bakal haji sedang membuat pilihan dan memegang barangan, pihak berkuasa datang dan penjual akan lari memyebabkan bakal haji tidak sempat membuat bayaran.Elakan membeli daripada penjual makanan di kaki lima atau di tepi jalan kerana di kuatiri tidak bersih. Penjual makanan akan...

Monday, September 5, 2011

PERKHIDMATAN TABUNG HAJI

Di Madinah dan Mekah, TH telah membuat persiapan bagi membantu bakal haji Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.Urusan dan Perkhidmatan adalah seperti berikut:Ibu Pejabat TH di Madinah dan Mekah.Ibu Pejabat ini disediakan beberapa perkhidmatan seperti berikut:• Pejabat Pakar Rujuk.Membuat persiapan bagi membantu bakal haji yang menghadapi masalah berkaitan Ibadat Haji yang tidak dapat diselesaikan oleh Guru Agama di Pusat Perkhidmatan Zon atau Maktab.• Pejabat Kaunseling• Terdapatnya Pakar Kaunseling yang akan membantu bakal haji yang menghadapi tekanan perasaan yang berat dan dirujuk oleh Unit Kaunseling.• Unit AduanMenerima aduan bakal haji yang menghadapi sesuatu permasalahan semasa berada di Madinah atau di Mekah• Unit Orang SesatMembantu untuk menghubungi pihak Zon...

Sunday, September 4, 2011

SUASANA IBADAT DI TANAH SUCI

Madinah dan Mekah adalah tempat yang melahirkan motivasi untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t . Mereka yang berada di kedua tempat ini akan merasa selesa untuk beribadat kerana penumpuan tidak kepada hal ehwal keduniaan. Manusia akan melakukan perkara yang sama semasa hendak masuk waktu solat iaitu menuju ke masjid. Mungkin ada setengahnya merasakan tidak mahu ke masjid untuk solat, tapi terdorong oleh manusia yang ramai hendak ke masjid apabila waktu solat. Di sana, manusia akan berlumba-lumba membantu mereka yang memerlukan bantuan. Semasa di dalam masjid, jika di lihat seolah-olah manusia berlumba-lumba dengan melakukan solat sunat, membaca Al Quran, berdoa dengan penuh perasaan. Sangat rugi jika mereka yang berada dalam masjid tidak mengambil peluang ini. Tidak perlu tergesa-gesa...

Saturday, September 3, 2011

MENDEKATI AL QURAN

Alhamdullillah semua orang islam di Malaysia telah memiliki Al Quran. Tahap orang Islam dengan Al Quran adalah berbeza di antara mereka. Tahap tersebut adalah seperti berikut: • Memiliki Al Quran di setiap rumah orang Islam • Membaca Al Quran • Membaca Al Quran dan membaca terjemahannya. • Membaca Al Quran, membaca terjemahan dan mempelajari Bahasa Arab • Membaca Al Quran, membaca terjemahan, belajar bahasa Arab dan membaca Tafsirnya. • Menjadikan rujukan dalam kehidupan. Al Quran mengandungi 114 Surah dan di bahagikan kepada 30 Juz. Al Quran diturunkan selama 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Surah yang diturunkan sebelum Hijrah Rasullah ke Madinah di disebut Surah Makiyah dan selepas Hijrah di sebut surah Madaniah. Surah Makiyiah mengandungi 19/30 dari isi Al Quran dan...

Friday, September 2, 2011

PENGUNAAN BILIK HOTEL

Bilik di Madinah dan Mekah adalah kegunaan teman sebilik. Penghuni bilik hendaklah memberi kerjasama bagi menjaga kebersihan bilik, sisa makanan jangan di buang dalam singki supaya tidak tersumbat. Bilik air apabila telah digunakan pastikan lantai dikeringkan dan tidak lincin supaya teman lain tidak terjatuh apabila mengunakannya. Selepas makan pagi, makan tengahari dan makan malam pastikan bekas makanan dan minuman dimasukan dalam plastic dan dibuang dalam tong sampah di luar bilik. Di dalam bilik tidak di benarkan merokok dan dalam bangunan hotel juga dilarang. Setiap lantai atau tingkat ada disediakan air Zamzam untuk minum apabila balik dari masjid. Air Zamzam tersebut bukan untuk dimasukan dalam tong untuk disimpan dalam bilik atau untuk dibawa ke Tanah Air. Apabila keluar bilik, mereka...

Thursday, September 1, 2011

BERADA DI MADINAH DAN MEKAH

Bakal Haji yang berada di Madinah akan di bawa ziarah di kawasan Masjidil Nabawi dan ziarah Makan Nabi Muhammad S.a.w. dan juga melawat tempat-tempat bersejarah di Madinah dengan menaiki bas. Bakal Haji akan berada di Madinah selama 8 hari. Semasa di Madinah bakal hari akan melakukan aktiviti sendiri iaitu beriktikaf iaitu berzikir, beristifar, berdoa, membaca Al Quran dan solat Waktu dan solat sunat di Masjid Nabawi. Di Mekah, apabila sampai sahaja bakal haji akan di bawa ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf dan Saie Umrah bagi yang mengerjakan Haji Tamattuk dan Tawaf Qudum atau Tawaf Selamat Datang bagi mereka mengerjakan Haji Ifrad. Selama berada di Mekah, bakal haji akan melakukan beberapa kali Umrah Sunat mengikut kemampuan fizikal dan kesihatan. Mereka akan ke Jaranah atau Tanaim...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes