Wednesday, August 31, 2011

PERBETULKAN SYAHADAH SEBELUM MENUNAI HAJI DAN UMRAH

Kaum Muslimin dan Muslimat sepanjang masa perlu meneliti perbuatan dan sikap kita terhadap perkara-perkara yang boleh membatalkan Syahadah. Apabila Syahadah seseorang yang didapati telah batal semua amal Ibadat tidak diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu memang sepatutnya dan tidak rugi jika kita membuat semakan berkaitan perkara yang boleh membatalkan Syahadah. Jika terdapat perkara-perkara yang membatalkan Syahadah pada diri kita, marilah sama-sama kita bertaubat dan memperbetulkannya. Perkara-perkara yang membatalkan Syahadah adalah seperti berikut: • Mempersekutukan Allah ( syirik ) dalam Ibadah. Antara perbuatan tersebut ialah meminta pertolongan kepada orang telah mati. • Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan dirinya dengan Allah. • Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu akan kekafiran...

Tuesday, August 30, 2011

JADUAL PENERBANGAN HAJI 1432H

Bakal haji di Wilayah Persekutuan dan di Seluruh Malaysia akan mula menerima Jadual Penerbangan masing-masing berperingkat-peringkat bermula 8 September 2011. Bakal haji boleh mendapatkan maklumat Penerbangan Haji dengan menghubungi THCC 03-62071919. Jika bakal haji dimaklumkan bahawa jadual penerbangan telah diketahui, tunggu surat sehingga selepas 8 September 2011 kerana surat telah di poskan. Bagi bakal haji juga boleh mendapatkan maklumat penerbangan melalui e mail :phptdwil@lth.gov.my dengan menberi nama penuh dan No kad pengenalan untuk semakan. Saya mengucapkan tahniah kepada bakal haji yang akan menerima Jadual Penerbangan dan dapat melaksanakan Ibadat Haji dengan menperolehi Haji Mabrur....

Monday, August 29, 2011

UCAPAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432 HIJRAH MA’AF ZAHIR DAN BATIN Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 Hijrah kepada Muslimin dan Muslimat terutama kepada mereka yang melayari Blog Haji Saya, mereka yang berurusan dengan Tabung Haji Wilayah Persekutuan. Saya mendoakan kita semua mendapat kerahmatan dan diterima amal dalam bulan Ramadhan. Semoga kita dapat menegakan Hukum Allah pada diri kita, rumah tangga kita, masyarakat kita seterusnya Negara KITA MALAYSIA. Dielakan dalam diri kita kebencian kepada Pelaksanaan Islam dan Hukum Allah. Kepada Baka Haji 1432 Hijrah semoga tabah dalam melakukan segala Rukun, Wajib dan Sunat berkaitan Ibadat Haji, amalan seharian di dua Tanah Haram Mekah dan Madinah. Kembali nanti membawa Haji Mabrur...

Saturday, August 27, 2011

SURAT PANGGILAN KURSUS PERDANA HAJI 1432H

Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah pos surat Panggilan Kursus Perdana Haji pada 26 Ogos 2011. Jika bakal haji tidak menerima surat panggilan kursus sehingga 6 September 2100 boleh datang ke THWP untuk mendapatkan salinan. Bakal Haji yang akan menerima surat tersebut tapi tidak dapat hadir kursus sila menghantarkan slip jawapan di Tabung Haji Wilayah Persekutuan, TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, KL. Jawapan mereka yang tidak hadir kursus adalah SANGAT PENTING supaya tidak berlakunya pembaziran makanan. Bakal haji yang akan hadir, slip kehadiran perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa membuat pendaftaran pada 17 September 2011. Pendaftaran bermula jam 2.00 petang dan TH tidak menyediakan makan tengahari. Kursus Perdana Haji Wilayah Persekutuan akan di adakan di Dataran dan Masjid...

Wednesday, August 24, 2011

SAMPAI KE MADINAH ATAU KE MEKAH

Apabila bas sampai di Hotel penginapan Madinah atau Mekah, bakal haji jangan turun daripada bas. Petugas TH akan menaiki bas dan membuat beberapa pengumuman dan setelah itu barulah boleh turun daripada bas. Bakal haji akan membawa barangan dan pastikan tiada tertinggal dalam bas. Apabila turun dari bas terus ke bilik yang telah di tentukan di stiker. Kebiasaan pintu bilik telah dibuka dan kunci telah di letakan pada tempat kunci. Pada pintu bilik di lekat nama penghuni bilik dan boleh di rujuk supaya tidak tersalah bilik. Bagasi akan dibawa oleh petugas ke tingkat masing-masing mengikut stiker yang terlekat pada beg. Jika beg tiada dalam masa 1 jam boleh membuat aduan kepada petugas TH. Bakal haji juga boleh mendapatkan maklumat dari petugas TH, kumpulan yang baru sampai menginap di tingkat...

Monday, August 22, 2011

PERJALANAN KE MADINAH ATAU KE MEKAH

Perjalanan bakal haji ke Madinah mengambil masa antara 5 hingga 7 jam dan jaraknya ialah 424 km. Perjalanan ke Mekah mengambil masa 2 hingga 3 jam dan jaraknya 72 km. Semasa dalam pertengahan perjalanan ke Madinah bas akan berhenti di tempat rehat yang terdapat kedai makan, tandas dan masjid. Bakal haji bolehlah berehat dan mengambil kesempatan untuk keperluan. Pastikan apabila turun bas hendaklah berteman, lencana, gelang pengenalan haji di pakai dan ingat no bas yang dinaiki. Setelah selesai keperluan, bersegera menaiki bas dan pastikan kawan di sebelah telah menaiki bas sebelum bas bergerak. Apabila bas hampir sampai di Madinah, bas akan berhenti di Al Hijrah bagi tujuan pemeriksaan dan hanya tinggal 8 km untuk sampai ke Madinah. Bas akan berhenti kira-kira setengah jam bagi tujuan pemeriksaan....

Saturday, August 20, 2011

KAWASAN MENUNGGU BAS DI TERMINAL

Di kawasan menunggu bas di lapangan terbang untuk ke Madinah atau ke Mekah, petugas TH akan memaklumkan kepada bakal haji supaya meletak bagesi di tempat yang di tentukan mengikut No. Bas dan bakal haji hendaklah berada di kawasan mengikut No. Bas. Di kawasan ini ada kemudahan tandas, tempat solat, klinik TH, kedai-kedai dan kemudah telefon awam. Bakal haji hendaklah berehat dan mengambil perhatian apabila petugas TH membuat pengumuman. Jika hendak ke tandas atau ke kedai seeloknya berteman terutama bakal haji wanita atau warga emas supaya tidak tersesat jalan. Bagasi akan diuruskan oleh petugas untuk disusun di atas bumbung bas atau di tempat letak barang di bahagian perut bas. Apabila sampai masa untuk menaiki bas, petugas TH akan memaklumkan supaya bakal haji beratur untuk menaiki bas mengikut...

Tuesday, August 16, 2011

SAMPAI DI LAPANGAN TERBANGAN JEDDAH

Apabila kapalterbang mendarat di lapangan terbang Jeddah atau Madinah, bakal haji dikehendaki duduk di tempat masing-masing sehingga di beritahu atau penumpang di hadapan telah begerak keluar. Sebelum meninggalkan pesawat pastikan barang-barang sendiri tidak tertinggal terutamanya passport. Bakal haji uzur hendaklah menunggu di tempat duduk sehingga dibantu. Petugas TH dan petugas perubatan akan berada di lapangan terbang untuk membantu bakal haji. Bakal haji akan di tunjuk arah oleh petugas TH ke dewan tiba. Di dewan tiba bakal haji boleh berehat, mengguna kemudahan tandas, melakukan solat dan sebagai nya. Semasa menggunakan tandas, jaga keselamatan beg yang dibawa ke tandas. Air di tandas tidak boleh di minum. Apabila di maklumkan petugas TH , bakal haji akan melalui urusan Imigresen, mengambil...

Monday, August 15, 2011

DALAM PESAWAT HAJI

Bakal haji akan duduk mengikut nombor yang telah ditentukan. Semasa dalam penerbangan bakal haji akan diberi 2 kali makan. Makanan yang disediakan adalah percuma dan halal. Perjalanan mengambil masa 9 jam untuk sampai ke Jeddah atau Madinah. Pesawat ada yang mendarat di Lapangan terbang Madinah terus. Ada pesawat yang mendarat di Lapangan terbang Jeddah, kemudian menaiki bas untuk ke Madinah. Apabila masuk waktu solat lakukanlah solat menghormati waktu. Jangan menggunakan air tandas bagi tujuan mengambil wuduk. Air yang ada terhad dan akan mengakibatkan air membasahi lantai, boleh mendatangkan bahaya kepada pesawat. Semasa dalam pesawat yang mengambil masa lama, tentu membosankan. Bagi mengatasi kebosanan tersebut, masa perlu di isi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca buku berkaitan...

Sunday, August 14, 2011

BAKAL HAJI BERADA DI KOMPLEKS HAJI KELANA JAYA

Bakal haji hendaklah menentukan tarikh dan waktu untuk tujuan melapor diri (check In) daripada Jadual Penerbangan Haji. Jika timbul keraguan boleh hubungi THCC 03 62071919 untuk mendapatkan maklumat. Apabila telah pasti maka bakal haji boleh berangkat dan berada ke Kelana Jaya sebaik-baiknya 2 jam sebelum waktu melapor diri. Semasa berada di Kelana Jaya pergi ke kaunter pendaftaran, kemudian ke Kabin untuk mengambil beg selendang, lencana, stiker dan lain-lain. Sebelum waktu lapor diri bakal haji boleh berehat di khemah yang disediakan bersama pengantar. Sebaik nya jangan terlalu ramai menghantar kerana kawasan kompleks adalah terhad dan tempat meletak kenderaan juga terhad. Bakal haji akan melalui proses melapor diri seperti berikut: • Mendapatkan pasport, tiket kapalterbang. • Melalui proses...

Saturday, August 13, 2011

TEMPOH JEMAAH HAJI DALAM IHRAM

Jemaah Haji akan mula berniat Haji apabila hendak menaiki bas pada 8 Zilhijah untuk ke Arafah. Apabila berniat sahaja segala Larang Ihram perlu dijaga supaya tidak dilakukan oleh Jemaah Haji. Semasa di Arafah pada 9 Zulhijah, di Muzdilafah 10 Zulhijah dan apabila sampai di Mina, boleh melontar Jamarah Kubra dan bergunting/bercukur maka Jemaah Haji telah melaksanakan Tahallul Awal. Ini bermakna Sebahagian besar Larangan Ihram telah terlepas, kecuali hubungan suami/isteri dan Nikah Kahwin. Ini bermakna untuk selesai Tahallul Awal paling cepat kira-kira 3 hari. Untuk Tahallul Thani kira-kira 7 hari kebanyakan jemaah haji. Untuk membuat persiapan supaya Larang Ihram tidak berlaku maka persiapan awal hendaklah dilakukan semasa sebelum berniat (perkara sunat). Rambut yang mudah gugur bagi lelaki...

Friday, August 12, 2011

PENGALAMAN SEMASA KURSUS PERDANA HAJI 1432H

Bakal haji Terpilih 1432H akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Perdana Haji. Kursus ini adalah bagi tujuan melakukan Simulasi Umrah dan Haji. Bakal Haji akan melaksanakan Simulasi berbekal Ilmu Ibadat Umrah dan Haji semasa Kursus Asas Haji dan Kursus Intensif Haji. Bakal Haji yang tidak mengikuti kedua Kursus tersebut akan menghadapi kesulitan. Walau bagaimana pun mereka boleh melalui pengalaman kemungkinan dialami semasa di Tanah Suci. Pengalaman yang akan dilalui ialah seperti berikut: • Peserta kursus menunggu bas untuk bergerak dari tempat letak kereta ke Masjid Putra. Beratur untuk menaiki bas. Menaiki bas yang penuh sesak. Keadaan ini akan dilalui oleh bakal haji semasa pergerakan Jeddah ke Madinah, Mekah, Arafah, Muzdalifah, Mina. • Beratur untuk pelbagai urusan. Selain menaiki bas...

Tuesday, August 9, 2011

TEKANAN BAKAL HAJI

Bakal Haji yang akan menunaikan haji pada tahun 1432H sedang melalui pelbagai tekanan. Tekanan ini telah menimbulkan kegelisahan, marah, serba salah, risau dan pelbagai perasaan nagetif. Tekanan tersebut di antaranya adalah seperti berikut: • Banyak kali kena berurusan dengan TH. Mereka akan menghadapi kesesakan jalan raya, masalah pengangkutan hendak ke TH, masalah tempat letak kereta, bayaran letak kereta, menunggu giliran, masalah untuk keluar pejabat atau cuti. • Pemeriksaan Kesihatan Wajib. Mereka akan menghadapi masalah serupa seperti di atas. Jika mereka hendak mendapat sedikit keselesaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dengan mendapatkan perkhidmatan di Klinik Swasta yang di benarkan oleh Jabatan Kesihatan. Ada bakal haji yang masih belum lulus pemeriksaan kesihatan. • Penyerahan...

Monday, August 8, 2011

PERSIAPAN BAKAL HAJI YANG SELESAI

Ilmu dan Maklumat Bakal Haji sehingga kini telah melalui pelbagai persiapan sama ada berkaitan ilmu Ibadat Haji, maklumat kesihatan dan maklumat pengurusan haji. Tabung Haji juga membantu dengan membekalkan bakal haji yang terpilih buku Panduan Ibadat Haji, Buku Doa, Buku Panduan Perjalanan Haji, Buku Panduan Kesihatan dan Buku Soal Jawab Haji dan Umrah. Semua buku tersebut diberi secara percuma. Semua bakal haji terpilih seharusnya menerima buku tersebut, sama ada Muassasah, Pakej TH dan Pengendali Jemaah Haji (PJH). Tabung Haji juga menerbitkan buku Ringkasan Ibadat Haji dan Umrah dan DVD berkaitan Haji Tamattu, Haji Ifrad, Haji Qiran, Ziarah dan Umrah dan Panduan Perjalanan yang boleh didapati di pasaran. Terbitan tersebut adalah bagi membantu pelbagai cara bakal haji mempertingkatkan ilmu...

Sunday, August 7, 2011

KESHUKURAN MENUNAI HAJI DAN UMRAH

Alhamdulliah ramai mereka yang ke Tanah Suci adalah mereka yang berkemampuan dengan wang ringgit. Mereka di Tanah Air mempunyai rumah yang mempunyai kemudahan keperluan asas seperti bilik air, bilik tidur, ruang tamu dan meja makan. Di dalam bilik tidur biasanya digunakan seorang atau 2 orang suami isteri atau bersama akan kecil. Bilik tidur dilengkapkan keperluan cermin, almari dan tempat sangkut pakaian. Mereka juga mempunyai kenderaan, sekurang-kurangnya motosikal 70 cc. Mahu kemana-mana seperti ke kedai, masjid atau surau walaupun dekat menaiki kenderaan.Bagi kebanyakan jemaah haji yang berada di Mekah akan menginanapi di bilik kebiasaan 2 orang. Dalam musim haji, akan digunakan seramai 6 hingga 8 orang sebilik yang mengunakan bilik air secara berkongsi. Dalam bilik tersebut tiada ruang...

Saturday, August 6, 2011

BERKAHWIN, MENGAHWINKAN ATAU MENERIMA WAKIL KAHWIN.

Lelaki dan perempuan di larang berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin semasa dalam ihram. Perbuatan ini haram dan akad nikah itu tidak sah. Mereka yang terlibat tidak dikenakan dam....

Friday, August 5, 2011

BERSETUBUH

Jemaah Haji yang dalam ihram lelaki dan perempuan di larang melakukan persetubuhan.Persetubuhan boleh merosakan haji jika berlaku sebelum Tahllul Awal dalam keadaan berikut:• Sengaja tidak dipaksa• Tahu hukumnya haram• Sudah mumaiyizApabila berlaku demikian , wajib ke atas suami dan isteri meneruskan kerja-kerja haji sehingga selesai dan segera mengqadakkan haji tersebut walaupun haji sunat kecuali ada keuzuran.Dam hanya dikenakan kepada suami.Persetubuhan berlaku selepas Tahallul Awal sebelum Tahallul Thani maka hajinya terbatal dan suami di kenakan dam....

Thursday, August 4, 2011

MELAKUKAN MUKADIMAH PERSETUBUHAN

Jemaah Haji di larang melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keinginan sex dengan pasangannya. Perkara tersebut sama ada dengan percakapan, perbuatan dan isyarat tubuh badan.• Percakapan dengan pasangan dengan nada manja, perkataan yang menimbul shawat.• Perbuatan dengan memeluk, memegang tangan, mengusik bahagian badan yang boleh menimbulkan shawat.• Gerak geri yang dilakukan bersama pasangan yang boleh menimbulkan shawat.Perkara yang tidak dikenakan dam adalah seperti berikut:• Jemaah haji yang dalam ihram terkeluar mani disebab melihat atau berhayal.• Suami atau isteri yang berpegang tangan kerana melintas jalan atau takut terpisah dalam dalam kumpulan manusia tanpa shawat.• Suami atau isteri memeluk atau mencium pasangan yang sakit jika perlu dengan tanpa shawat....

Wednesday, August 3, 2011

MEMBURU, MENEMBAK, MENANGKAP, MENGURUNG ATAU MEMBINASAKAN BINATANG BURUAN DARAT YANG HALAL DIMAKAN SAMA ADA DI TANAH HARAM ATAU TANAH HALAL.

Jemaah Haji lelaki dan perempuan yang dalam ihram dilarang memburu binatang darat yang halal dimakan di Tanah Halal atau Haram.• Binatang tersebut seperti burung merpati, belalang, arnab, kancil, rusa atau sebagainya. Hidupan air seperti ikan, udang ,ketam dan lain tidak dilarang.• Binatang darat yang tidak halal di makan juga tidak dilarang untuk memburu.• Serangga seperti lalat, nyamuk, semut dan lain juga tidak dilarang.Jemaah Haji kebiasaannya tidak terjumpa binatang liar yang halal di makan di Tanah Haram atau Tanah Halal. Jemaah Haji perlu berhati-hati dengan burung merpati dan belalang.Burung Merpati yang sedang makan di dataran jangan dihalau dan menyebabkan bulunya tercabut maka di kenakan dam. Ada masa terdapat banyak belalang yang berada di dataran masjid, dengan tidak sengaja atau...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes