Sunday, July 31, 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1432 HIJRAH

Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa semoga dalam bulan Ramadhan yang menjelma, semoga mempertingkat amal Ibadat kita. Kepada Pendeposit TH terutama Bakal Haji yang telah mendaftar Haji, Haji/Hajjah dan Bakal Haji 1432H yang berurusan dengan THWP dan secara langsung berurusan dengan saya, saya mengharapkan doa saudara/saudari agar saya dan kita semua dapat menghidupkan bulan Ramadhan dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t.Bulan Ramadhan adalah Pusat Latihan dimana umat Islam akan melakukan Puasa, menambahkan amalan solat wajib dengan solat Tarawih, menambahkan amalan membaca Al Quran. Manusia bersifat lemah, maka Allah s.w.t pada bulan Ramadhan memenjarakan Iblis dan Syaitan. Manusia hanya akan melawan hawa nafsu untuk melakukan ibadat dan mentaati suruhan dan meninggalkan...

Saturday, July 23, 2011

MEMOTONG, MENEBANG, MENGERAT, MEMATAH, MENCABUT ATAU MEMBINASAKAN POKOK DI TANAH HARAM

Semua orang yang berada di Tanah Haram di larang memotong, menebang, mengerat, mematah, mencabut atau membinasakan pokok. Jemaah Haji juga di larang membinasakan pokok dengan apa cara. Apabila manusia melakukan perkara di atas akan dikenakan dam iaitu menyembelih binatang ternakan mengikut bandingan harga pokok yang musnahkan.Hikmah Allah melarang membinasakan pokok adalah sebab berikut:• Penjagaan Alam sekitar.• Tanah Haram adalah bumi yang kering dan susah untuk ditumbuhi pokok, maka dengan larangan ini pokok yang sedikit tidak dimusnahkan disebabkan tangan-tangan manusia.• Jemaah Haji dari Malaysia seharusnya bersyukur kerana terdapatnya banyak pokok yang tumbuh dengan subur.• Memberikan peringatan kepada manusia bagaimana nikmatnya jika tempat kediaman kita terdapatnya pokok-pokok.• Manusia...

Wednesday, July 20, 2011

MENGERAT ATAU MEMOTONG KUKU

Jemaah Haji lelaki dan perempuan yang dalam Ihram dilarang memotong atau mengerat kuku.• Jika dalam keadaan terlupa atau tidak sengaja memotong kuku tidak berdosa tapi dikenakan dam.• Jika satu kuku dikerat dam satu cupak makanan asasi penduduk Mekah.• Jika kuku dikerat beberapa kali bukan satu masa maka dan dikira jumlah keratan dikali dengan secupak makanan asasi.• Jika dikerat 3 atau melebehi 3 keratan berturut-turut dikenakan dam seekor kambing.• Jika perlakuan mengerat kuku dengan sengaja maka dikenakan dam dan berdosa.• Diboleh mencabut kulit bibir, kaki yang terkopek dan tidak dikenakan dam.• Jika jari kaki yang terdapat kuku dipotong maka tidak dikenakan dam....

Monday, July 18, 2011

MENANGGAL RAMBUT ATAU BULU

Jemaah Haji yang dalam Ihram dilarang menanggal, mencabut atau mengunting rambut atau bulu di mana-mana anggota badan.• Jika berlakunya disebabkan tidak sengaja atau terlupa maka perbuatan itu tidak berdosa tetapi dikenakan Dam.• Keadaan rambut yang tertanggal semasa tidor atau tertanggal dengan sendiri seperti contoh terdapat rambut pada penutup kepala bagi wanita maka tidak dikenakan dam dan tidak berdosa.• Semasa mengambil wuduk berlakunya bulu dimuka gugur maka ianya tidak berdosa tapi dikenakan dam.• Jika pesakit diperlukan oleh Doktor untuk bercukur disebahagian anggota maka pesakit tidak berdosa tapi di kenakan dam kepada pesakit.• Jika rambut atau bulu tercabut sehelai dalam satu masa, maka dam secupak makanan asasi makanan penduduk Makkah. Jika rambut atau bulu tercabut sehelia banyak...

Monday, July 11, 2011

PENYERAHAN PASPOT MALAYSIA ANTARABANGSA

Bakal Haji yang berurusan dengan THWP akan memulakan menyerahkan Paspot Malaysia Antarabangsa (PMA) pada 18 Julai 2011. Surat panggilan akan dikeluarkan dalam minggu ini. Bakal haji hendaklah menyerahkan PMA masing-masing, tidak boleh diwakilkan. Bakal haji perlu menurunkan cap jari pada surat yang disediakan oleh TH dan juga merakam dalam sistem TH cap jari bagi tujuan urusan pengeluran di Tanah Suci.Bakal haji yang telah lama mempunyai PMA sila pastikan tarikh sah laku melepasi 15 Mei 2012 dan 4 muka surat kosong. Sila pastikan dengan Imigresen kebenaran keluar negara.Permastautin Tetap hendaklah menyerahkan Pasport Negara Asal. Sah laku melepasi 15 Mei 2012 dan 4 muka surat kosong. Bakal haji Permastautin Tetap hendaklah membuat Perakuan Bersunpah dengan Persuruhjaya Sumpan.Bakal haji yang...

Tuesday, July 5, 2011

MEMAKAI MINYAK PADA RAMBUT, JANGGUT DAN SEMUA BULU MUKA

Mereka yang dalam Ihram di larang memakai minyak pada rambut, janggut dan semua bulu pada muka. Larangan ini dikenakan kepada lelaki dan perempuan. Semasa dalam ihram jemaah haji atau umrah tidak dapat mengemaskan rambut dengan minyak. Keadaan rambut, misai dan janggut yang tidak terurus maka terasa oleh kita kehinaan diri kepada Allah s.w.t. Apabila kita memandang pengemis dan orang miskin terasa pada masa itu kita juga pengemis dan miskin di sisi Allah s.w.t. Maka pengharapan dan meminta belas kasihan dari Allah s.w.t. Dengan itu dapat membentuk diri supaya menghilangkan sifat sombong dan takabur sesama manusia. Sifat itu adalah penyebab Syaitan di Laknati oleh Allah s.w.t sehingga dikeluarkan daripada Shurga. Jemaah Haji telah melontar sifat syaitan dan mazmumah semasa membuat lontaran...

Sunday, July 3, 2011

MEMAKAI WANGI-WANGIAN

Lelaki dan wanita di larang memakai minyak wangi semasa Ihram.Perkara yang dibolehkan semasa dalam ihram adalah seperti berikut:• Menggunakan ubat gigi, sabun mandi, syampu dan minyak angin walaupun berbau wangi. Penggunaannya adalah bertujuan untuk membersihkan dan berubat.• Memakan makanan dan minuman yang berperisa wangian kerana ianya untuk menyedapkan makanan atau minuman.• Memakai atau menghidu wangi-wangian secara terlupa atau tidak sengaja, maka hendaklah dihilangkan wangi-wang dengan segera. Tidak dikenakan dam dan tidak berdosa.• Dicalit atau disembur tanpa kerelaan pada badan atau pakaian, maka hendaklah segera membasuh jika berkemampuan. Tidak dikenakan dam dan tidak berdosa.• Mereka dalam ihram hendaklah jangan memegang kelambu, dinding kaabah atau mencium Hajar Aswad kerana kebiasaannya...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes