Seseorang muslim yang ingin melakukan sesuatu ibadat atau menjadikan sesuatu perkerjaan sebagai ibadat, perlu disertai niat. Niat adalah satu lintasan di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkerjaan dengan memahami peraturannya kerana Allah s.w.t. Niat berlaku dalam hati bukanlah dengan diingatkan susunan ayat. Cuba kita lihat bagaimana gambar kita timbul didalam cermin, ianya ujud serentak. Bukannya ujud satu satu, mula-mula rambut dahulu kemudian muka, kemudian leher dan seterusnya. Ia tidak ujud demikian. Ianya ujud kesemuanya. Bagi membantu niat, lafaz boleh disebut dengan mulut. Lafaz bukanlah niat. Berniat Ihram Umrah boleh dalam berkeadaan apa sahaja, samada berbaring, duduk atau berdiri. Berniat boleh dilakukan dalam hadas besar atau kecil iaitu tidak mandi wajib atau mengambil wuduk....