Sunday, January 30, 2011

KESATUAN JEMAAH HAJI MALAYSIA

Alhamdulillah umat islam Malaysia telah ramai menunaikan haji. Jika dikira dari tahun 1963 iaitu tertubuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji sehingga sekarang lebih sejuta yang telah menunaikan haji. Oleh itu sudah sampai masanya sesuatu tindakan untuk menubuhkan satu Organisasi tidak kira apa namanya bagi tujuan kepentingan ummah. Jemaah haji telah melalui pelbagai cabaran semasa melakukan haji dan telah mendapat pengalaman dan fahaman yang lebih lagi berkaitan Islam dan Iman. Supaya pengalaman itu tidak pergi bagitu sahaja maka Organisasiini boleh dijadikan wadah untuk dimanafaat oleh Ahli dan Umat Islam.Semasa saya menunaikan haji, saya telah berjumpa jemaah haji pelbagai kemahiran di Malaysia. Ada yang mempunyai Syarikat sendiri, ada yang berniaga pelbagai prodak, ada yang Pakar dalam...

Saturday, January 29, 2011

KEMUDAHAN BERURUSAN DENGAN TABUNG HAJI

Bakal Haji dan Pendeposit TH selain berurusan di kaunter TH, boleh juga berurusan berkaitan TH dengan mudah iaitu berkunjung ke Kaunter Bank Islam Bhd atau Kaunter Bank Rakyat bagi menyimpan wang di dalam TH tanpa dikenakan bayaran perkhidmat. Satu lagi kemudahan ialah mengunakan mesin CDM Bank Islam untuk menyimpan wang dan dikenakan RM1 bagi satu transasi. Kemungkinan bakal haji berada jauh dari pejabat TH tapi Bank Islam atau Bank Rakyat berada dimana-mana sahaja. Selain urusan menyimpan wang di Kaunter Bank Islam Berhad dan Bank Rakyat ialah mengeluarkan wang simpanan Akaun TH, Mengemaskini Buku Akaun TH, Mendaftar Haji dan Membuka Akaun Baru TH.Urusan pengeluaran wang dari akaun TH dengan cepat menggunakan kad Bank Islam atau Bank Rakyat. Terlebih dahulu sila ke bank tersebut...

Thursday, January 27, 2011

BAKAL HAJI DAN UMAT ISLAM CELIK IT

Bakal haji sekarang telah ramai yang mempunyai pengetahuan internet dan telah mempunyai alamat email mereka samada dibuka dengan Google atau Yahoo. Bagi memudahkan pertanyaan atau mendapat maklumat berkaitan haji sila berurusan dengan alamat email phptdwil@lth.gov.my atau mazlan59@gmail.com. Bagi bakal haji yang belum buka Akaun email bolehlah mendapat bantuan dari peserta Kursus Haji atau dengan sesiapa. Bukan nya susah sangat. Ada yang mengatakan tidak ada Broadband. Kemudahan Caber Café atau pusat internat banyak. Peserta kursus boleh juga berunding dengan pihak masjid untuk menyalurkan pertanyaan ke alamat email di atas dengan menggunakan kemudahan masjid.Bakal haji juga boleh bertanya permasalahan dengan Ustaz atau dengan rakan kursus. Bukan itu saja banyak maklumat boleh didapati melalui...

Wednesday, January 26, 2011

TARIKH-TARIKH PENTING 1432H

Pada awal Mac 2011 bakal haji dijangka menerima surat tawaran untuk menunaikan haji pada 1432H. Bakal haji perlu membuat keputusan menerima atau menolak tawaran dengan segera. Apa-apa alasan untuk menangguhkan pemergian hendaklah dielakan kerana peluang ini hanya datang sekali.Oleh itu bakal Haji 1432H boleh membuat persiapan awal berpandukan anggaran tarikh penting tertakluk kepada pindaan seperti berikut:1. Penerbangan Pertama (Fasa I) : 29 September 20112. Penerbang Akhir (Fasa I) : 29 Oktober 20113. Wukuf (9 Zulhjiah) :5 November 20114. Hari Raya Haji : 6 November 20115. Hari Tasrik (11,12 dan 13 Zulhijah) : 7, 8 dan 9 November 20116. Penerbangan Pertama (Fasa II ) : 13 November 20117. Penerbangan Akhir ( Fasa II) : 13 Disember 2011...

Tuesday, January 25, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 15

MEMENTINGKAN DIRI Pengunaan tandas di Arafah dan Mina adalah sangat terdesak kerana jumlahnya yang terhad dengan penggunanya yang ramai ( satu Maktab 2,500 orang ). Tandas adalah digunakan bagi tujuan buang air besar atau air kecil. Itu tandas. Bukan untuk mandi, membasuh, berus gigi, ambil wuduk.Di Mina ada orang yang mandi (mengambil masa yang lama) pada masa kemuncak iaitu semasa hendak masuk waktu solat. Apabila mereka beratur untuk menunggu giliran mereka marah orang yang sedang mandi tapi apabila tiba gilirannya mereka pula mandi seolah-olah ingin membalas dendam. Mengambil wuduk ada banyak cara, pertama menggunakan paip diluar tandas yang dikhas untuk mengambil wuduk, kedua simpan air dalam botol dan boleh digunakan apabila mengmbil...

Sunday, January 23, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 14

MENGUKIP ANAK BATU DI MUZDAZLIFAHApabila jemaah haji berada di Muzdalifah di antara perkara sunat ialah mengutip anak batu. Jemaah haji ada yang mencangkung, menongging dan yang duduk sambil santai mencari anak-anak batu. Tidak kira apa kedudukan mereka samada bergelar Tan Sri, Dato’, atau berpangkat akan mengambil kesempatan mencari anak-anak batu kerana disunatkan oleh Allah s.w.t. Tangan dicemari dengan kotoran debu tanah dan kadang-kadang terpegang air ludah atau hingus manusia dan ada juga terpegang najis atau bangkai binatang yang reput. Sekali pandang seperti kanak-kanak sedang bermain pasir. Tapi disebabkan ini adalah ibadat, jemaah haji lakukan dengan rela hati. Ada yang merasakan bagaimana mereka memperhinakan diri dihadapan Allah...

Friday, January 21, 2011

PEMERGIAN DATOK MENGADAP ALLAH

Pada tanggal 21 Januari 2011 hari Jumaat kira-kira jam 12.00 tengahari, saya dimaklumkan bahawa datok saya telah mengembuskan nafas yang terakhir meninggalkan kami. Oleh itu sudilah kira di hadiahkan bacaan Surah Al Fatihah kepada ROHnya. Terima kasih.Datok saya bernama Mokhtar bin Mikut berumur 88 tahun (1923). Beliau dilahir di Sumatra dan datang ke Malaya semasa berumur 12 tahun. Beliau adalah ayah kepada Ibuku. Alhamdulillah beliau dapat bersama kami sehingga Jenarasi ke 5. iaitu sempat bersama cucuku 2 orang. Saya sempat bergambar semasa Hari Raya Aidil Fitri yang saya catat dalam blog ini pada 11 September 20...

Wednesday, January 19, 2011

JADUAL KURSUS ASAS HAJI 1432H WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung Haji Wilayah Persekutuan ( THWP ) telah membuat persiapan bagi melancarkan perjalanan Kursus Asas Haji ( KAH ) dulu dikenali Kursus Haji Bersiri . Pada 13 Januari 2011 telah mengadakan mesyuarat dengan Pembimbing Ibadat Haji(PIH) dan 17 Januari telah mengadakan mesyuarat dengan 18 buat masjid sekitar Wilayah Persekutuan dan masjid di pinggiran Wilayah Persekutuan. KAH adalah anjuran THWP dengan kerjasama masjid yang terpilih. THWP telah menetapkan 20 buah masjid dijadikan tempat menjalani kursus pada tahun ini. Orang ramai yang berminat dijemput hadir, terutamanya mereka yang akan menunaikan haji pada tahun 1432H. Peserta kursus akan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM70.00 bagi 17 siri (minggu). Bayaran pendaftaran dikenakan bagi...

Tuesday, January 11, 2011

HARI WUKUF 10 TAHUN

Umat Islam hendaklah membuat perancangan bila masa yang sesuai untuk melaksanakan Fardu Haji. Semua hendaklah diambil kira seperti Cuti Sekolah, Musim Panas atau Sejuk di Tanah Suci, bulan apa Wukuf dan pelbagai lagi. Tetapi yang paling penting adalah menyegerakan pelaksanaan Haji jika telah berkemampuan seperti wang ringgit, sihat tubuh badan, cukup pengetahuan berkaitan Ibadat Haji dan telah terpilih pada tahun berkenaan. Jangan bertangguh lagi................Walaubagaimana pun disini dinyatakan kemungkinan Hari Wukuf 10 tahun mendatang....

Monday, January 10, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 13

RENUNGAN HAJI MABRUR MACAM ANAK BARU DILAHIRKANJemaah Haji yang mendapat haji Mabrur telah dijanjikan oleh Rasullah s.a.w “ Mereka bersih seperti anak yang baru dilahirkan oleh ibunya. ( tidak ada dosa )”Kelahiran seorang insan di muka bumi sangat di nantikan oleh sepasang insan bergelar suami dan isteri. Kelahiran insan baru juga menyebabkan keluarga, sanak saudara, jiran dan kawan-kawan bergembira.Anak yang baru lahir ini dibersihkan dan dimandikan. Seterusnya di pakaikan kain lampin berwarna putih. Anak ini dijaga dengan rapi dan hanya diberi minuman susu badan atau susu yang khas untuk anak yang baru dilahirkan. Setelah hari ketujuh kelahiran, keluarga akan melakukan Aqikah seterusnya anak ini akan dicukur kepalanya.Anak yang baru dilahirkan...

Sunday, January 9, 2011

PEJABAT PENGENDALI HAJI

Bagi memudahkan urusan pengendalian haji, bakal haji hendaklah memastikan Pejabat Pengendali (Pejabat TH Cawangan) yang ingin bakal haji berurusan. Pejabat ini akan mengendalikan urusan berikut: Panggilan melalui surat berkaitan Kursus Haji Bersiri, Kursus Haji Intensif dan Kursus Haji Perdana. Ini bermakna bakal haji akan menghadiri kursus di tempat yang ditentukan oleh Pejabat Pengendali tersebut. Sebagai contoh: Jika Pejabat Pengendali bakal haji di TH Wilayah Persekutuan ini bermakna bakal haji akan menghadiri kursus di tempat yang ditentukan oleh TH WP. Jika bakal haji berkerja di kawasan KL tapi rumah di Shah Alam atau Petaling Jaya ini bermakna Pejabat Pengendali adalah sesuai di TH Selangor. Jika pejabat Pengendali di TH Selangor tapi bakal haji ingin berurusan di THWP atau dimana-mana...

Saturday, January 8, 2011

KURSUS HAJI BERSIRI 1432 HIJRAH

Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji adalah bahagian yang bertanggungjawab memastikan bakal haji memperolehi bimbingan berkaitan Ibadat Haji. Bagi menjalankan Kursus Haji Bersiri Bahagian ini telah menentukan Modul Kursus, Memberi Latihan Kepada Penceramah Ibadat Haji (PIH), PIH menghadiri Muzakarah Haji bagi mencari satu pegangan supaya mengelakan kekeliruan kepada bakal haji.Oleh itu Tabung Haji Wilayah Persekutuan adalah bertanggungjawab bagi memastikan kursus yang dijalankan mengikut Modul dan melantik PIH yang diluluskan oleh Bahagian Bimbingan. Kursus Haji Bersiri akan dijalankan sebanyak 17 Siri. Antara kandungan Modul ialah berkaitan Ibadat Haji dan Amali Tawaf/sai/melontar, Masalah Wanita berkaitan Ibadat Haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan Haji. Kursus ini diadakan bagi persiapan...

Friday, January 7, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 12

BERKENALAN DAN BERMESRADi Mekah saya berjumpa dengan manusia yang pelbagai bangsa dan warna kulit.Ada yang tua, ada yang muda, ada yang cacat, ada yang berdaya dan ada yang tidak berdaya. Saya sentiasa mencuba berkomunikasi dengan mereka samada menghulur tangan untuk bersalaman atau mengucapkan salam. Jika berjumpa dengan jemaah Indonisia mudah kepada saya dan jemaah yang boleh bertutur bahasa Inggeris dapat lah saya bertanya kabar dan bertukar pandangan.Saya akan mengambil masa untuk berfikir bagaimana cara dan gaya mereka berada di Mekah. Apa yang di lihat mereka tidak berkadaan baik seperti yang saya dapat. Ada di antara mereka tidor di dataran atau di sekitar kawasan luar masjid. Ada juga mereka yang tidor di dalam masjid. Ada jemaah tempat penginapan sangat jauh sehingga terpaksa menaiki...

Thursday, January 6, 2011

GILIRAN MENUNAIKAN HAJI

Bagi mereka yang telah mendaftar haji dengan Tabung Haji akan ditawarkan untuk menunaikan haji mengikut siapa daftar dahulu di dahulukan. Setiap tahun TH akan menawarkan seramai 26,000 orang untuk menunaikan haji. Semasa tawaran dikeluarkan kepada bakal haji terdapat mereka yang tidak menjawab dan ada yang menolak tawaran atas beberapa sebab.Apabila sampai tarikh akhir untuk menjawab tawaran yang ditetapkan oleh TH, maka TH akan menawarkan kepada mereka yang telah mendaftar haji dan gilirannya yang ke 26,000 ke atas dikira yang mana lebih awal.Setiap tahun mereka yang lambat lagi giliran mereka, akan membuat rayuan. Pelbagai sebab dinyatakan seperti telah lanjut usia, mengidapi penyakit tapi disahkan oleh Pegawai Perubatan Stabil kedudukannya tahun berkenaan, telah mencukupi Wang Perbelanjaan...

Wednesday, January 5, 2011

PENDAFTARAN HAJI

Bagi menandakan kesungguhan kita sebagai orang Islam yang beriman untuk menyahut Seruan Haji, maka hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:Membuka Akaun Tabung Haji bagi mereka yang belum ada Akaun THBerikhtiar mencukupkan wang dalam Akaun TH dengan jumlah minima RM1,300.00 untuk membolehkan untuk mendaftar haji. (Simpanan sebanyak RM1,300 tidak akan dikeluarkan dari Akaun tapi hanya dibekukan, tidak boleh dibuat pengeluaran jumlah tersebut. Jika dalam Akaun melebihi jumlah tersebut maka boleh dibuat pengeluaran wang yang lebih) Jika terpaksa menggunakan wang tersebut pembatalan haji boleh dibuat dan pengeluaran boleh dibuat pada masa tersebut juga.Pergi ke mana-mana Kaunter TH, Kaunter Bank Islam (M) Berhad atau Kaunter Bank Rakyat untuk mendaftar haji. Pendaftaran untuk kanak-kanak juga...

Tuesday, January 4, 2011

PERSIAPAN AWAL BAKAL HAJI 1432H

Bakal Haji yang akan melaksanakan haji pada tahun 1432H hendaklah mengambil tindakan awal seperti berikut:• Mendapat bahan rujukan seperti buku panduan Ibadat Haji dan DVD panduan haji.• Bersedia untuk menghadiri Kursus Haji Bersiri (17 Siri) di masjid yang dianjurkan oleh Tabung Haji dengan kerjasam masjid terpilih.• Memastikan Wang Perbelanjaan Haji (WPH)1432H telah mencukupi (Belum ditetapkan lagi) . Sebagai panduan WPH pada 1431H sebanyak RM13,060.00 ( tidak ditolak bantuan TH )• Membuat pemeriksaan kesihatan berkala dan mengambil ubat mengikut arahan doktor. Melakukan semanan dengan berjalan kaki dengan jarak 1km sehari.• Memasti alamat surat menyurat dalam rekod TH adalah yang terbaru dan betul. (Semakan boleh dibuat dengan menghubungi THCC 03-62071919 atau email:phptdwil@lth.gov.my...

Monday, January 3, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 11

Semasa di Mekah tujuan utama ialah solat di Masjid AlHaram. Saya akan membuat persiapan yang secukupnya dari segi fizikal dan mental. Saya akan memastikan membawa kertas tisu, plastik , penutup hidung dan sejadah. Tujuan kertas tisu adalah untuk mengesat hingus atau dimasukan dalam plastik bagi tujuan meludah di dalamnya jika perlu. Plastik juga boleh diguna untuk dimasukkan selipar atau kasut dan saya akan membawa plastik lebih untuk diberikan kepada mereka yang membawa selipar dalam masjid tidak bersarung. Tujuannya bagi mengelakan kotoran di selipar tidak mencemarkan masjid. Penutup hidung digunakan apabila kawasan berabuk atau ada orang sentiasa batuk. Sejadah digunakan untuk tempat solat dan juga menandakan tempat itu sudah ada orang bagi memudahkan untuk bergerak bagi mengambil/meletak...

Sunday, January 2, 2011

PEMERGIAN DATOK KEHADRAT ALLAH

Pada hari Jumaat 21 Januari 2011 kira-kira 12.00 tengahari saya dimaklumkan bahawa datok saya telah mengembuskan nafas terakhir dan telah meninggalkan kami menemui tuhan. Allah s.w.t lebih mengasihi nya. Sudilah kira di hadiahkan bacaan Al Fatihah kepada Rohnya. Terima kasih.Datok saya bernama Mokhtar bin Mikut dilahirkan di Sumatra. Semasa mendaftar kelahiran dinyatakan dalam kad pengenalan tahun kelahiran 1923. Mengikut cerita beliau datang ke Malaya berumur 12 tahun. Beliau adalah bapa kepada ibuku. Alhamdulillah beliau dapat melihat 5 jenarasi keluarga kami. Iaitu 2 orang cucu ku. Saya ada mencatatkan dalam blog ini "BERGAMBAR DI HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H " bertarikh 11 September 20...

PENGEMBARAAN INTELEK 10

Setiap kali berada di Masjid AlHaram saya akan berzikir, solat sunat, berdoa dan Tafakur berkenaan perkara yang berlaku disekeliling ku agar ianya memberi manafaat kepada ku. Masa untuk melakukan setiap solat waktu persiapannya mengambil masa. Solat waktu tidak sampai 10 minit, tetapi masa berjalan, masa untuk ke masjid mesti sampai ½ jam sebelum Azan, ½ jam masa untuk tunggu Ikomat. Jika dijumlahkan hampir 2 jam.Pada mulanya apabila setelah solat waktu, solat Jenazah dan solat sunat saya terus bangun untuk keluar masjid. Saya menghadapi keadaan yang tidak selesa untuk keluar masjid dengan cepat kerana ramai jemaah hendak keluar pada masa itu. Jemaah yang solat pada laluan orang masih bersolat dan berdoa atau duduk menunggu tidak menghiraukan...

Saturday, January 1, 2011

TEMAN SEBILIK DI MEKAH

Semasa di Mekah saya menginap di sebuah bilik di tingkat 9 bersama 5 orang rakan yang tidak pernah saya kenal sebelum ini. Seorang Guru Besar dari Merlimau Melaka, seorangGuru Cemerlang dari Jempol Negeri Sembilan dan 3 orang Akauntan dari Wilayah Persekutuan. Kami semua mempunyai latar belakang berbeza. Semasa berehat kami bertaaruf dan mengenali diantara satu sama lain. Kami sangat memahami dengan rakan sebilik. Kami berlumba-lumba berbelanja untuk rakan sebilik sehingga berlaku kelebihan makanan yang tak mampu untuk dimakan. Kedudukan kami yang bersama, banyak menimbulkan motivasi untuk melakukan ibadat. Apabila seorang sedang bersiap untuk ke masjid yang lain turut membuat persiapan juga. Kami dibilik akan melakukan apa kerja yang...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes