Wednesday, December 28, 2011

PENDAFTARAN HAJI AHLI KWSP

PENGENALAN1. Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP ini merupakan satu kemudahan yangmembolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran hajidengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan minimumsebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.2. Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP. Ini keranasimpanan KWSP adalah simpanan persaraan.SYARAT-SYARAT KELAYAKAN1. Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut :i. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;ii. Beragama Islam;iii.Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00;iv. Belum mencapai umur 55 tahun;v. Mempunyai akaun simpanan di LTH;2. Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli...

Sunday, December 18, 2011

BAYI BOLEH DAFTAR HAJI

Pendaftaran Haji dengan Tabung Haji adalah mesti dilakukan bagi mereka yang ingin melaksanakan Ibadat Haji di Tanah Suci Mekah. Apabila mendaftar Haji mereka terpaksa menunggu lama kerana setiap tahun Tabung Haji hanya dibenarkan mebawa 28,000 orang baka haji setiap tahun.Bagi memudahkan perancangan awal, dinyatakan siapa yang boleh mendaftar Haji dengan Tabung Haji. Sesiapa sahaja yang telah membuka Akaun dengan TH dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,300.00. Jika baru buka Akaun TH jumlah minimum RM1,310.00.Pendaftaran tidak mengikut umur. Bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa atau telah berusia boleh mendaftar Haji.Mereka yang berumur kurang 12 tahun, apabila penjaga ingin mendaftar Haji sila bawa Surat Beranak. Bagi Remaja...

Thursday, December 8, 2011

URUSAN BAKAL HAJI 1433H

Bakal Haji 1433H akan melalui beberapa urusan penting dengan Tabung Haji (TH) bagi persiapan untuk menunaikan Haji.Urusan tersebut adalah seperti berikut:• Kursus Asas Haji (Setiap Hari Sabtu atau Ahad – 17 Siri )• Menerima surat Tawaran Haji• Menjawab menerima/menolak tawaran• Mengambil Buku Panduan Haji & Umrah, Panduan Perjalanan dan Buku Panduan Kesihatan (Diberi Pecuma)• Pemeriksaan Kesihatan• Mendapatkan Buku Rekod Kesihatan (Percuma)• Kursus Intensif Haji• Kursus Khas Haji• Menerima Gelang Pengenalan Haji• Serahan Pasport Malaysia Antarabangsa ( Tidak boleh diwakilkan)• Menerima Surat Penerbangan Haji• Kursus Perdana Haji• Mengambil Barang-barang Hadiah• Mengambil Buku Soal Jawab Haji dan Umrah dan Buku Doa di Tanah Suci (Percuma)Perkara...

Tuesday, December 6, 2011

BERURUSAN DENGAN TABUNG HAJI

Pendeposit Tabung Haji (TH) sekarang akan mencecah 7 Juta orang daripada 28 Juta penduduk Malaysia. Jika 60% penduduk Malaysia yang Islam maka jumlah penduduk Islam sebanyak 16.8 Juta. Oleh itu pendeposit TH akan mencapai 50% penduduk Islam Malaysia pada akhir 2012.TH telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk berurusan dengan TH. Pendeposit TH boleh berurusan berkaitan Simpanan dan Pengeluaran melalui ATM atau CDM Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Rakyat (BR). Dimana-mana tempat terdapat kemudahan ATM dan CDM untuk berurusan. Setiap urusan akan ditolak dari akaun TH sebanyak RM1.00.Selain dari mengunakan mesin ATM dan CDM, Pendeposit TH boleh berurusan di Kaunter BIMB atau Kaunter BR. Perkhidmatan yang boleh diperolehi ialah Simpanan,...

KOUTA HAJI

Alhamdulillah sudah ramai orang Islam di Malaysia yang mendaftar Haji dengan Tabung Haji. Setiap hari masih ada orang ramai yang mendaftar Haji tidak kira tua, muda dan kanak-kanak. Jika mereka mendaftar hari ini, masa menunggu terlalu lama.Setiap Negara telah diperuntukan Kouta oleh OIC sebanyak 0.1% daripada penduduk negara tersebut. Malaysia telah diperuntukan seramai 28,000 orang dari 28 juta penduduk.Ketetapan ini dikuatkuasa oleh Kerajaan Arab Saudi bagi menentukan Keselamatan, Kemudahan dan Pentadbiran dapat disediakan bagi Jemaah Haji yang berkunjung ke Tanah Suci.Peranan Tabung Haji adalah menentukan giliran Bakal Haji yang akan menunaikan Haji setiap tahun. Peraturan telah ditetapkan bahawa mereka yang mendaftar dulu akan Terpili...

Friday, November 25, 2011

"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H"

Assalamualaikum.Haji, Hajah, Bakal-bakal Haji dan muslimin dan muslimat.Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut dan menghayati Hijrah Rasullah s.w.a pada tahun 1433 Hijrah pada 27 November 2011 hari Ahad ini.. Harap dapat kita semua dapat memahami dan beramal kepada potongan Hadis dan Ayat Al Quran di bawah ini. Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya....

Tuesday, November 22, 2011

Nasyid Nama-Nama Surah al-Qur'an

Bagi membantu kita dapat mengingat nama-nama 114 Surah dalam 30 Juz Al Quran marilah sama-sama kita mendengar selalu nasyid "Nama-nama Surah Al Qur...

Monday, November 21, 2011

WUDUK

Orang Islam sangat cerdik dalam melakukan segala aktiviti harian. Mereka mengharap setiap aktivitinya mendapat Rahmat daripada Allah. Bukan setakat mendapatkan Rahmat tapi hendak juga Rahim Allah s.w.t. Maka setiap perbuatan yang sunat akan diiringi dengan berwuduk. Seperti apabila hendak berdoa, hendak bermusafir dan lain-lain lagi. Perbuatan yang harus juga di tingkatkan supaya menjadi sunat, seperti makan. Makan itu harus tapi dimulakan dengan membaca Basmalah dan disudahkan dengan doa.Perbuatan Ibadat akan tidak sah atau berdosa jika tiada wuduk. Apabila hendak solat atau Tawaf perlu ada wuduk, jika tiada tidak sah solat atau tawaf. Perbuatan menyentuh dan membawa Al Quran perlu ada wuduk, jika tiada mereka akan menanggung dosa.Wuduk adalah...

Sunday, November 20, 2011

SOLAT

Manusia yang beriman akan melaksanakan Solat 5 waktu sehari semalam. Melaku Solat Subuh, Zuhor, Asar, Magrib dan Ishak. Perlakuan solat adalah apa yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.Rukun solat ada 13 perkara wajib dilakukan.1. Berniat melakukan solat kerana Allah.2. Berdiri Tegak3. Takbirratul Ihram4. Membaca Al Fatihah5. Rukuk6. Iktidal7. Sujud8. Duduk diantara 2 sujud9. Duduk Tahayat akhir10. Membaca Tahayat akhir11. Selawat atas nabi pada Tahayat akhir12. Salam13. TertibRukun Solat di bahagi kepada 3 iaitu Rukun Hati, Perbuatan dan Percakapan.Persiapan untuk medirikan solat, pembersihan diri dan hati perlu dilakukan. Pembersihan hati dengan memperbanyak beristifar daripada dosa yang dilakukan di antara satu-satu solat. Mungkin kita rasa...

Saturday, November 19, 2011

MENGUCAP DUA KALIMAH SYADAH

“Aku naik saksi tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah”Seorang yang beriman akan setiap hari Wajib melafazkan Shadah 9 kali iaitu Semasa Solat Subuh sekali, Solat Zuhor 2 kali, Solat Asar 2 kali, Solat Magrib 2 kali dan solat Ishak 2 kali.Perakuan kita menolak semua tuhan yang disembah oleh manusia seperti berhala, mengatakan Isa anak tuhan, pokok kayu, bukit, matahari dan lain-lain. Kita hanya memperakui Allah sahaja tuhan yang disembah. Perkataan Allah adalah Al Quran, kita dapat mengetahui perintah Allah terdapat dalam Al Quran. Al Quran berbahasa Arab, bagi kita yang bukan Bangsa Arab tidak akan faham melainkan kita belaja Bahasa Arab. Jika tidak boleh berbahasa Arab, dapatkan Al Quran yang mempunyai terjemahan...

Monday, November 14, 2011

KEMBALINYA JEMAAH HAJI 1432H KE TANAH AIR

Selamat kembali Haji dan Hajah 1432H ke Tanah Air bermula 12 November 2011 semoga mendapat Haji Mabrur. Semoga dengan kembalinya Haji dan Hajah, memberi Rahmat Allah sw.t. kepada Jiran Tertangga, Kampung, Negeri dan Negara. Haji dan Hajah dapat meneruskan amalan semasa di Tanah Suci di Tanah Air. Amalan yang dilakukan di Tanah Suci ialah seperti berikut:Ibadat: Menunggu waktu Solat, Solat berjemaah, banyak melakukan solat sunat, beriktikaf dalam masjid, berzikir, berdoa dan membaca Al Quran.Hubungan Manusia : Menyebarkan Salam dan murah memberi senyuman. Membantu, menolong orang lain dan suka bersedekah.Peribadi : Berakhlak, bercakap dan perbuatan tidak menyinggung perasaan dan tidak menyakit orang lain.Hubungan Silaturahim : Hendak selalu...

Sunday, November 13, 2011

Kualiti ibadat ditunjukkan jadi ukuran kedudukan haji seseorang

Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh2011/11/12JEMAAH haji beribadat di khemah di Arafah.SYARIAT Nabi Ibrahim dalam ibadah haji adalah untuk merealisasikan kalimah tauhid dan takzim yang diucapkan ketika solat iaitu, “Sesungguhnya solatku, ibadatku serta seluruh kehidupanku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.”Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika Kami tempatkan Ibrahim di Baitullah seraya menyeru, janganlah kamu menyengutukan Aku dengan apa juga sekalipun.” (Surah Al-Haj, ayat 26)Semua sifat syirik, sikap melebihkan makhluk daripada pencipta dan menjauhi sifat dusta adalah antara matlamat ibadah haji.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka selepas kamu mengagungkan Allah dalam haji, jauhilah bentuk syirik dan penyembahan selain Allah...

Friday, November 11, 2011

Kumpulan pertama jemaah haji pulang esok

MAKKAH: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah jam 7.25 pagi Sabtu (12.25 tengah hari waktu Malaysia) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.25 malam waktu Malaysia.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, berkata sementara itu jemaah haji dari kumpulan pertama ke Madinah dari sini pula akan berlepas pada 16 November ini dan kumpulan pertama dari Madinah yang akan kembali ke tanah air ialah pada 27 November.Beliau berkata, 33 peratus daripada jemaah haji Malaysia akan kembali ke tanah air menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di Madinah, manakala selebihnya menerusi...

Wednesday, November 9, 2011

KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI BAKAL HAJI

Mereka yang telah mendaftar haji dengan Tabung Haji hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat peribadi. Maklumat yang selalu berubah adalah alamat surat menyurat, no telefon, alamat e-mail.Pengalaman setiap tahun ramai bakal haji yang tidak dapat dihubungi kerana alamat telah bertukar atau tidak lengkap,tiada nombor telefon atau telah tukar nombor dan tiada alamat email apabila mereka terpilih menunaikan haji. Kemungkinan bakal haji ada yang terlibat, menunggu tanpa berita. Ada juga mereka terlupa samada telah mendaftar haji atau tidak.Apabila berurusan dengan Tabung Haji berkaitan simpanan atau pengeluaran harap disemak maklumat peribadi samada maklumat yang ada dalam rekod Tabung Haji adalah betul dan terkini.Peraturan untuk membuat pembetulan maklumat peribadi, bakal haji perlu melengkapkan...

Saturday, November 5, 2011

10 Zulhijjah miliki banyak kelebihan, pahala digandakan

Oleh Ustaz Zamanuddin Jusohbhnews@bharian.com.myALLAH SWT menebarkan rahmat ke atas umatnya dengan menggalakkan mereka melakukan banyak amal ibadat untuk mendekatkan diri dengan-Nya. Di samping itu, disediakan kelebihan tersendiri pada semua ibadat.Ibadat haji adalah ibadat jasmani dalam jangka panjang bagi menzahirkan keesaan Allah SWT. Ini dapat dilihat melalui lafaz talbiah yang diucapkan jemaah haji yang memfokuskan kepada tauhid ubudiyyah kepada Allah SWT.Bagi mereka yang melakukan haji penuh keikhlasan dan dapat mendisiplinkan diri dengan tuntutan serta larangan akan dikurniakan ganjaran besar di sisi Allah SWT.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan haji serta mematuhi larangannya iaitu tidak melakukan perkara keji,...

Lambaian Kaabah: 28,000 jemaah menuju Arafah

Tabung Haji sedia 700 bas bergerak secara berperingkat mulai jam 3 petang MAKKAH: Seramai 28,000 jemaah haji Malaysia adalah antara kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia yang mula bergerak menuju ke Arafah kira-kira 20 kilometer dari sini, semalam, untuk berwukuf hari ini. Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar, berkata Tabung Haji menyediakan 700 bas bagi membawa jemaah haji Malaysia secara berperingkat mulai jam 3 petang (8 malam waktu Malaysia), selepas solat Jumaat. “Perjalanan dari kota Makkah ke Arafah dijangka mengambil masa sejam setengah dan kumpulan terakhir dijangka tiba sebelum subuh hari ini,” katanya di sini, semalam. Katanya, petugas Tabung Haji digerakkan seawal jam 7.30 pagi (12.30 tengah hari waktu Malaysia)...

Thursday, November 3, 2011

Perkhidmatan monorel Arafah-Mina siap

MAKKAH: Sistem monorel Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (Makkah Metro) kini siap sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.Penolong Pengurus Stesen Arafah 1, Yuszaini Mohd Yusop, berkata pada musim haji tahun lalu, perkhidmatan itu beroperasi hanya 35 peratus."Perkhidmatan tren ini adalah bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf," katanya di sini.Wukuf iaitu satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap anggota jemaah, pada tahun ini ialah pada 5 November bersamaan 9 Zulhijjah.Jemaah dengan berpakaian ihram akan bergerak dari Makkah menuju ke Padang Arafah pada 4 November dan bermalam...

Tuesday, November 1, 2011

Balasan baik tuntut pengorbanan

Oleh Ashraf Muslimbhnews@bharian.com.my 31/10/2011Reda, ikhlas hadapi masalah bantu kehidupan positif KESEDIAAN Nabi Ismail merelakan dirinya disembelih bapa tersayang, Nabi Ibrahim, kerana memenuhi suruhan Allah menimbulkan persoalan sejauh mana kitabersediamengorbankan sesuatu yang kita sayang, tambahan dalam dunia material kini.Namun, fakta sejarah yang terus diingatkan setiap kali menjelang Aidiladha itu sebenarnya memberi seribu satu makna kepada sesiapa berdepan situasi terpaksa melepaskan apa yang disukai biar dengan apa niat atau matlamatnya.Apa yang jelas, jika pengorbanan itu dilakukan secara ikhlas, dengan izin Allah, ganjaran menanti lebih baik dan selalunya kita tidak menyangka habuan diterima kerana nikmatnya memang tidak terduga....

Saturday, October 29, 2011

SERUAN MENDAFTARAN HAJI

Alhamdullilah, umat islam di Malaysia telah ramai mendaftar untuk menunaikan Haji dengan Tabung Haji. Mereka yang masih belum mendaftar Haji, jangan ketinggalan untuk berazam melaksanakan Rukun Islam yang kelima iaitu melakukan Haji di Tanah Suci Mekah. Tanda mereka bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji ialah mengambil langkah-langkah berikut:• Membuka Akaun Tabung Haji : Adakah kita masih tergulung dalam kumpulah yang tidak mampu untuk membuka Akaun Tabung Haji dengan bermodalkan RM10 bagi Dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Kelebihan kita membuka Akaun TH ialah ramai orang mendoakan kita secara tidak langsung. Apabila kita hendak ke Tabung Haji, ada yang bertanya “ Nak pergi Haji ke ?” Maka kita jawab “Insya Allah “ walaupun duit dalam Akaun TH baru RM10 atau RM2. Langkat seterusnya ialah...

Thursday, October 27, 2011

Jemaah haji digalak buat bayaran dam dan korban di kaunter TH

MEKAH: Jemaah haji digalakkan membuat pembayaran dam dan korban di kaunter-kaunter kewangan yang disediakan Tabung Haji bagi mengelak sebarang keraguan dalam menyempurnakan ibadah itu.Pengurus Operasi Bimbingan Tabung Haji, Nukman Fadzil, berkata penyembelihan ternakan dan pembayaran dam yang disempurnakan oleh jemaah haji semasa menunaikan ibadah perlu menepati kehendak agama mengikut kaedah dan syarat yang ditetapkan.Beliau berkata, jemaah haji boleh membayar sendiri dam atau mencari ternakan untuk dibuat korban, tetapi ia perlu memenuhi pelbagai syarat seperti nilai haiwan itu, saiz dan umurnya."Jika dibayar kepada pihak lain, dikhuatiri akan timbul pelbagai keraguan mengenai pihak yang menguruskannya atau bagaimana hendak mempastikan amanah yang diberi kepada pihak berkenaan dilaksanakan...

Tuesday, October 25, 2011

CERPEN

Tawaf Widak Untuk WalidOleh Tongkat Jibril2011/10/23"TIK! Tik! Tik!" Sayup-sayup kedengaran bunyi seperti besi diketuk ke jalanan. Sesiapa yang mendengarnya pasti akan berpaling memandang, namun tiada merasai apa-apa. Sedang si pengetuk jalanan itu berhempas-pulas mencapai penghujung langkahan. Hatinya sudah bergelojak tidak sabar mahu segera ke tempat persujudan, sementelah mendengar laungan panggilan menghadap Ilahi sewaktu dia berjumpa pelanggan di tengah-tengah bandar Temerloh. “Antara perkara yang wajib disegerakan ialah menunaikan solat setelah masuk waktunya, mengebumikan jenazah yang sudah selesai dikafankan dan menikahkan anak gadis yang sudah menemui pasangannya.” Masih terngiang-ngiang di corong telinganya pesanan walid sewaktu hayatnya masih ada. Ketika itu, usianya baru menjangkau...

Friday, October 21, 2011

Guna saluran betul tunai haji: Konsul Jeneral

JEDDAH: Muslimin dari Malaysia dan juga yang sudah bermastautin di Arab Saudi diminta supaya menggunakan saluran yang sah di sisi undang-undang dan peraturan kerajaan Arab Saudi, untuk mengerjakan ibadah haji. Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Abdul Razak, berkata setiap jemaah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, iaitu mereka yang sudah menunaikan ibadah itu, hanya dapat menunaikannya buat kali berikutnya lima tahun kemudian. Beliau berkata, bagi rakyat Malaysia, mereka perlu mendapatkan permit untuk menunaikan ibadah haji menerusi ejen muasassah Arab Saudi iaitu Tabung Haji, manakala yang tinggal di Arab Saudi pula, mereka masih perlu mendapatkan kelulusan itu menerusi Tabung Haji, atau boleh memohon terus daripada muasassah Arab Saudi. "Dapat permit,...

Wednesday, October 19, 2011

Unit khidmat pelanggan TH di Mekah ronda 24 jam

MEKAH: Kira-kira 75 peratus daripada kes yang ditangani unit perkhidmatan pelanggan Tabung Haji (TH) di sini adalah berkaitan dengan jemaah haji tersasar dari penginapan mereka. Pengurus Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Tabung Haji, Md Pilus Md Yusof, berkata kes ini biasanya membabitkan jemaah haji yang baru menjejakkan kaki ke tanah suci serta warga emas. Beliau berkata, dalam usaha menangani kes-kes itu, pihaknya menetapkan lapan lokasi penting sekitar Masjidil Haram yang ditempatkan seorang petugas peronda sepanjang masa khusus bagi membantu jemaah haji apabila diperlukan. "Kami ada 13 peronda yang mengambil giliran bertugas bagi memastikan ada petugas di lokasi itu sepanjang masa," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji di sini. Beliau berkata, unit itu meletakkan sasaran untuk menangani...

Tuesday, October 18, 2011

Tujuh amalan dianjur sepanjang bulan penuh berkat

Manfaat 10 malam awal ZulhijjahOleh Hizbur Rahmanbhnews@bharian.com.my18/10/2011KINI kita berada di pertengahan bulan Zulqaedah. Insya-Allah jika dipanjangkan umur, kita bakal bersua dengan bulan Zulhijjah. Bulan yang mulia lagi berkat ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan terutamanya pada sepuluh hari pertama dalam bulan ini.Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr ayat 1-3 maksudnya: “Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah dan bilangan yang genap serta yang ganjil.”Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, manakala yang ganjil ialah hari Arafah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SWT akan hamba-Nya daripada neraka lebih...

JEMAAH HAJI MASUK MEKAH

Penerbangan haji yang membawa bakal haji masuk terus ke Mekah telah bermula. Bakal haji lelaki dikehendaki memakai pakaian ihram. Mereka boleh melakukannya di Kompleks Haji. Kemudahan bakal haji agak terhad di Kompleks Haji disebabkan bakal haji yang ramai.Bakal haji seeloknya melakukan pemakaian ihram di rumah dalam keadaan tenang. Mereka boleh melakukan perkara sunat seperti memotong kuku, bercukur atau mencabut bulu ketiak dan ari- ari dan mandi sunat ihram. Jika pergerakan sebelum waktu Tahrim elok solat sunat Ihram di rumah.Persiapan dari rumah dapat menimbulkan suasana ibadat dan dapat menetapkan tujuan bakal haji melakukan musafir kerana untuk melakukan ibadat yang diperintahkan oleh Allah. Mereka yang menziarah tujuan mengucapkan selamat jalan juga dapat merasakan keadaan sayu atas...

Sunday, October 16, 2011

MAKTAB JEMAAH HAJI MALAYSIA DI MEKAH

Jemaah Haji 1432H akan menduduki bangunan di Mekah terletak di antara 500 meter hingga 1000 meter dari Masjidil Haram. Kebanyakan jemaah dari Neraga lain terpaksa mendiami bangunan yang jauh iaitu di luar kawasan Tanah Haram dan akan menaiki bas untuk ke Masjidil Haram. Bangunan tersebut adalah bangunan-bangunan yang besar yang boleh menampung lebih 1,000 orang jemaah. Bangunan tersebut mempunyai kemudahan lif, hawa dingin, ruang legar yang luas.Jemaah Haji Malaysia ditempat di 15 maktab di Mekahiaitu 10 maktab untuk jemaah haji Muassasah dan 5 maktab untuk Syarikat-syarikat pengelola jemaah haji dan pakej-pekej haji. Setiap maktab diperuntukan 2,500 hingga 2,800 jemaah.Tabung Haji menyediakan pelbagai kemudahan sepanjang jemaah haji berada di Mekah. Perkhidmatan yang disediakan ialah kaunter...

Friday, October 14, 2011

Tidak ada dam was-was: pakar rujuk

MEKAH: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya melaksanakan ibadah haji serta umrah dengan penuh yakin dan tidak terikut-ikut dengan sebarang perbuatan meragukan yang mungkin dilakukan oleh jemaah haji dari negara lain. Pengerusi Pakar Rujuk Tabung Haji, Datuk Seri Hassan Ahmad, berkata perbuatan yang dilakukan oleh jemaah negara lain itu mungkin mengikut Mahzab yang diikuti mereka, atau mungkin juga ia perbuatan khurafat. Beliau berkata, lebih serius lagi pernah satu ketika dahulu beliau mendengar ada kes jemaah membayar 'dam was-was' kepada pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang. "Tidak ada dam was-was, ia cuma sesuatu yang direka-reka oleh pihak tertentu," katanya kepada kumpulan wartawan Tabung Haji di sini. Beliau berkata, apa yang penting ialah...

Thursday, October 13, 2011

Keberkesanan vaksin Peneumococcal buat jemaah haji sedang dikaji

MEKAH: Jangkitan paru-paru adalah jumlah kes yang paling tinggi dirujuk ke pusat rawatan yang disediakan Tabung Haji bagi jemaah haji Malaysia di sini.Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Perubatan), Dr Saiful Azlan Sharif, berkata setiap musim haji, kira-kira 60 peratus daripada kes yang dibawa ke pusat rawatan didapati membabitkan kes jangkitan paru-paru, dan ia disusuli dengan rujukan kes berkaitan jantung. Beliau berkata, sehubungan itu tahun ini pihaknya menjalankan kajian mengenai keberkesanan suntikan vaksin pneumococcal yang disyorkan untuk diambil oleh setiap jemaah haji bagi menangani jangkitan itu. "Hasil kajian nanti akan dibawa kepada Kementerian Kesihatan untuk dibuat penilaian sekiranya suntikan itu akan diwajibkan buat semua jemaah haji atau sebaliknya nanti," katanya kepada...

Monday, October 10, 2011

Tabung Haji perluas khidmat petugas kewangan bergerak

MEKAH 10 Okt. - Dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan kewangan bagi jemaah haji di tanah suci, Tabung Haji menambah lapan lagi lokasi perkhidmatan bergerak pasukan petugas kewangannya di Mekah dan dua lagi di Madinah, tahun ini.Pengurus Operasi Kewangan Tabung Haji di Tanah Suci, Mustakim Mohammad berkata, perluasan perkhidmatan itu menjadikan perkhidmatan kaunter kewangan Tabung Haji kini boleh dinikmati di 23 lokasi di Mekah dan empat lokasi di Madinah.Beliau berkata, pada tahun-tahun sebelum ini pasukan bergerak itu hanya beroperasi di hospital-hospital terpilih di sini untuk kemudahan beberapa jemaah yang sedang menerima rawatan, namun kini perkhidmatannya diperluaskan ke lokasi-lokasi bangunan tempat penginapan jemaah secara berjadual."Antara perkhidmatan disediakan di kaunter-kaunter...

Jemaah haji dinasihat menjaga imej dan maruah negara - titah Agong

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar jemaah haji Malaysia menjaga imej dan maruah negara apabila berada di Tanah Suci.Baginda turut bertitah agar semua jemaah haji sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan serta peraturan-peraturan yang digariskan Tabung Haji kerana ia dilaksanakan untuk menjamin keselamatan jemaah serta melicinkan lagi proses mengerjakan haji. "Beta berharap para jemaah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni terutamanya dalam kalangan jemaah haji itu sendiri, mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling mengingati antara satu sama lain," titah Seri Paduka sambil mengucapkan selamat jalan kepada 447 jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya di sini hari ini. Jemaah-jemaah tersebut terdiri...

Sunday, October 9, 2011

Jemaah haji Malaysia tiba di Mekah

MEKAH: Kumpulan pertama 441 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah kira-kira jam 1.30 pagi ini (6.30 pagi waktu Malaysia), sembilan hari selepas melaksanakan ibadah ziarah di Madinah.Ketibaan mereka di Hotel Abraj Al-janadiriah disambut oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, Timbalannya Tengku Aziz Raja Abdullah serta pegawai-pegawai dari Muasassah Asia Tenggara. Semua 193 jemaah lelaki dan 248 jemaah wanita iaitu kumpulan yang tiba ke Madinah dengan penerbangan pertama pada 29 September lalu, jelas keletihan selepas mengharungi perjalanan dengan bas selama kira-kira tujuh jam untuk sampai ke sini. Selepas berehat beberapa jam, mereka dibawa untuk melakukan tawaf dan saie umrah.Antara jemaah yang tiba di sini pagi...

Saturday, October 8, 2011

Tabung Haji diarah teliti kaedah pengeluaran

Lembaga Tabung Haji diarah supaya meneliti kaedah pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarum membuat pendaftaran awal untuk mengerjakan haji.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Tabung Haji akan meneliti kaedah itu agar ia dapat dilaksanakan serta merta menjelang Januari depan.Dalam pembentangan Belanjawan 2012 di Parlimen hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah kerajaan untuk membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal bagi menunaikan ibadah haji menerusi penghadangan atau "ring-fencing" Akaun 2, bertujuan membuka lebih ruang kepada rakyat berpendapatan rendah menunaikan ibadah tersebut.Sambil menyifatkan belanjawan itu sebagai 'belanjawan untuk kesejahteraan akhirat', Jamil Khir berkata menerusi...

Friday, October 7, 2011

Jemaah tanpa ilmu agama mudah silap

Batu Gua Hira didakwa berkat, bijirin burung sembuh penyakit MAKKAH: Jemaah yang tiba di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah tanpa mempunyai ilmu serta keyakinan Islam kukuh, dilihat mempunyai kecenderungan menyimpang daripada ajaran agama termasuk mempercayai batu tertentu boleh mengubati penyakit. Akhbar Arab News mengesan sejumlah jemaah ke Gua Hira’ di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW atau bukit Jabal Rahmah di Arafah dengan mempercayai ia adalah sebahagian daripada ibadat umrah atau tempat memohon petunjuk Allah. Malah, sesetengah mereka mengambil batu dari gunung itu dan membawanya pulang ke tanah air sambil mendakwa ia untuk keberkatan keluarga. Selain itu, ada juga jemaah yang mengutip bijirin yang diberikan kepada burung merpati atau burung lain...

Thursday, October 6, 2011

Peraturan baru diperkenal di Madinah untuk keselesaan jemaah

MADINAH : Badan pengurusan perjalanan haji Arab Saudi di kota Madinah memperkenalkan beberapa peraturan baru tahun ini bagi kemudahan dan keselesaan jemaah haji. Pengerusi Muasassah Adillak (National Adilla Establishment), Dr Yusof Hawala, berkata pada musim haji tahun ini, jemaah tidak akan dibenar meninggalkan Madinah menuju ke Makkah bagi menyempurnakan urusan haji selepas jam 11 malam. Beliau berkata, peraturan itu bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah haji apabila mereka tiba di Makkah nanti bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lebih sempurna dan selamat. "Jemaah juga diminta meninggalkan Madinah untuk ke Makkah selewat-lewatnya 5 Zulhijjah (empat hari sebelum hari wukuf)," katanya kepada kumpulan petugas media Tabung Haji di sini. Beliau berkata demikian pada sidang...

Tuesday, October 4, 2011

Jemaah haji diingat jangan sembunyi penyakit

MADINAH: Jemaah haji diingatkan supaya tidak memalsukan atau cuba menyembunyikan sebarang maklumat mengenai penyakit yang dialami semata-mata kerana hendak menunaikan haji. Pengarah Operasi Haji (Perubatan) Madinah, Dr Mahyin Kudong, berkata setiap tahun pihaknya menemui kes membabitkan jemaah menyembunyikan atau cuba memalsukan maklumat mengenai keadaan kesihatan kerana bimbang tidak akan dibenarkan mengerjakan haji. Beliau berkata, tindakan jemaah menyembunyikan penyakit akan hanya menyukarkan pihak perubatan mengesan masalah kesihatan yang dialami jemaah dengan segera sekiranya mereka jatuh sakit secara tiba-tiba di sini. "Jemaah perlu jaga banyak perkara, ubat mesti diambil pada masanya, minum air mesti banyak, jangan terdedah lama kepada cahaya matahari, banyakkan berehat, dan pastinya...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes