Friday, December 31, 2010

PERJALANAN KE MADINAH

Kami kumpulan yang menaiki KT 57 diminta oleh Petugas TH untuk melakukan Tawaf Wida’ pada 3.00 pagi (sebelum solat subuh) kerana dimaklumkan bas akan bergerak ke Madinah jam 7.00 pagi. Saya dan isteri menaiki bas No 4 bersama 43 penumpang lain. Jangkaan untuk bas bergerak telah terlewat dan bergerak jam 9.00 pagi. Saya hanya beristifar semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa ku dan penumpang-penumpang lain. Alhamdulillah bas bergerak dengan lancar. Kira-kira 200km bas bergerak tiba-tiba tayar belakang bas meletup dan menyebabkan bas agak hilang kawalan dan menuju ke tepi jalan. Tak lama kemudian bantuan sampai untuk menukar tayar bas. Alhamdulillah tayar bas telah di tukar dan bas mula bergerak. Tidak berapa jauh bas bergerak, pemandu bas memberhentikan bas dengan membawa sebaldi air turun dari...

Wednesday, December 22, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK BAB 9

KESERONOKAN DI MASJID ALHARAMSebelum ke Tanah Suci saya mula menanamkan dalam diriku dengan sifat yang baik dan positif terhadap diri dan persekitaran. Saya memahami suasana di Tanah Suci akan menguji saya kerana saya akan mengalami perkara-perkara yang menyebabkan saya marah, bimbang dan bingnong.Semasa saya di Masjid AlHaram apabila ingin mencari tempat solat, ada wanita yang solat bersebelahan suaminya dalam jemaah lelaki maka saya terfikir berkenaan haram wanita bersebelah lelaki lain atau merosakan saf. Saya merasa binbang. Maka saya mengambil tindakan mendekati suaminya dan berkenalan dan menyatakan saya dari Malaysia. Kemudian menjelaskan bahawa wanita tidak boleh solat bersama dalam jemaah lelaki, tapi mereka tidak perduli. Maka syaitan telah menuangkan minyak kepada kemarahan saya....

Tuesday, December 14, 2010

PERBELANJAAN DI MEKAH

Perbelanjaan untuk sarapan pagi di Mekah dengan membeli makanan seperti mee hoon, mee goreng, nasi lemak, kueh sebungkus SR 2. (di kantin dalam bangunan Maktab)Minuman botol seperti air mangga SR2, air asam jawa SR2, Susu masam RM5Bahan minuman pagi seperti gula SR5, susu pekat SR7, air 5 liter untuk di masak SR5Bahan tambahan untuk makan tengahari atau malam beli sambal belacan SR5, ikan masin SR5Bahan lain seperti biskut, kacang, kekAnggaran sehari untuk makan minum SR15.Perbelanjaan mendobi pakaian sehelai pakaian antara SR5 –SR6.Barang untuk keperluan seperti pisau lipat SR5, pinggan SR5, Kole SR 5, tali SR5, sabun basuh kain sekotak SR...

Monday, December 13, 2010

BAKAL HAJI UZUR

Dalam pemerhatian saya bakal haji uzur atas sebab kesihatan, fizikal atau warga emas akan menghadapi keadaan tertentu semasa berada di Mekah sebelum Wukuf, Arafah, Mudzlifah dan di Mina. Di Madinah tidak banyak keadaan yang menyulitkan.Tabung Haji akan memberikan kesempatan bagi bakal haji uzur untuk membenarkan seorang pengiring pergi bersama bakal haji supaya mereka dapat membantu bakal haji yang uzur. Bagi pengiring yang buat pertama kali menunaikan haji akan menghadapi permasalah untuk memberi bantuan 100%. Sebagai contoh jika bakal haji uzur tidak mampu ke masjid maka pengiring merasakan mereka ingin mengambil kesempatan solat di Masjid Al Haram dengan beranggapan bakal haji uzur tidak menghadapi masalah di hotel. Apa yang sebenarnya berlaku ialah meraka akan menghadapi masalah dan orang...

Sunday, December 12, 2010

PENGALAMAN DI MEKAH

Semasa berada di Mekah sebelum Wukuf bakal haji sentiasa berazam dan berlumba-lumba untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t samada Tawaf Sunat, Iqtikaf di Masjid Al Haram dengan solat sunat, membaca Al Quran, berzikir, melihat Kaabah dan berdoa, Umrah sunat. Waktu solat Zuhor, Asar, Magrib dan Ishak sangat dekat di antara satu sama lain. Jarak masa 3 jam lebih antara wakt tersebut. Kebiasaannya ramai bakal haji tidak balik ke hotel pada 4 waktu tersebut atau Zuhor hingga Asar atau Magrib hingga Ishak meraka balik kerana balik ke hotel untuk makan tengahari atau makan malam. Suhu pada siang hari sangat tinggi berbanding suhu di Malaysia.Jarak perjalanan dengan berjalan kaki ialah 800 meter dan masa kira-kira 10 hingga 20 minit untuk pergi tapi balik lebih lagi kerana sesak dengan orang...

Saturday, December 11, 2010

MASHYAIR

Pada 14 Nov. kami yang menaiki KT57 dijadual ke Arafah selepas Asar tapi bergerak lewat sedikit. Kami diminta menaiki bas melebehi 63 orang penuh sesak dengan alasan perjalanan ke Arafah tidak lama. Sebuah bas mempunyai 45 tempat duduk sahaja. Jemaah tidak bersungut tapi mengikut arahan walaupun mereka mengetahui tambang bas telah dibayar. Apabila sampai Arafah Waktu Magrib telah masuk dan jemaah pergi ke bilik air berhampiran untuk membuang air kecil/besar dan mengambil wuduk tapi air paip tiada. Maklumat yang diterima paip besar yang menyalurkan air telah pecah dan sedang dibaiki. Kami solat Jamak Tamam Takdim Magrib dan Ishak. Setelah solat kami masuk ke khemah dan menyusun satu tiang khemah 12 orang. Susunan dua baris, kaki ke arah tiang khemah. Semasa menunggu waktu wukuf jemaah melakukan...

Friday, December 10, 2010

TANDA HAJI MABRUR

Alhamdulillah para haji dan hajah 1431H ramai yang telah kembali ke Tanah Air. Shukur telah mendapat Haji Mabrur dan tandanya mengekalkan solat berjemaah, solat sunat dan kerap membaca Al Quran seperti semasa berada di Makkah, Arafah, Mudzlifah, Mina dan Madinah. Para haji dan hajah tidak melepaskan masa bagitu sahaja jika di bilik Hotel terus membaca Al Quran sebelum memejamkan mata untuk tidor. Jika di Masjid Al Haram, Arafah, Mudzlifah, Mina dan Masjid Nabi apabila terluang saja masa, solat dan membaca Al Quran.Sebagai memantapkan lagi kita dengan Al Quran, hendaklah sekurang-kurangnya apabila para haji dan hajah membaca dapat difaham sedikit sebanyak maknanya. Alhamdulillah ada para haji dan hajah yang telah memahami Bahasa Arab tapi bagi...

Thursday, December 9, 2010

KEMBALI KE TANAH AIR

Alhamdulillah saya dan isteri telah selamat sampai ke Tanah Air melalui KLIA jam 10 15 malam pada 8 Dis. 2010. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Madinah. Kami mula menaiki bas jam 2.30 pagi waktu Madinah dan bergerek jam 4.45 pagi. Masa untuk ke Lapangan Terbang mengambil masa 1/2 jam sahaja. Apabila sampai di Lapangan Terbang kami diminta tunggu dalam bas kerana suhu di luar sangat sejuk. Apabila masuk waktu Subuh kami pergi ke Masjid yang berhampiran untuk Solat. Selepas solat kami beratur untu Chek In dan prosesnya lama. Kira-kira 7.10 pagi proses Chek in selesai. Kami menaiki Pesawat KT57 dan berlepas kira-kira jam 9.25 pagi. Dalam pesawat kami diberi makan sarapan pagi dan makan tengahari.Saya akan mula bertugas pada hari Isnin 13 Disember 20...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes