Wednesday, July 28, 2010

SUNTIKAN TAMBAHAN

Bakal haji 1431H yang hendak mendapatkan suntikan tambahan Pneumococal dan Influenza + H1N1 boleh datang ke TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, KL di tingkat bawah pada 7 atau 8 Ogos 2010(Sabtu atau Ahad) bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Suntikan tambahan sangat digalakan untuk diambil oleh bakal haji kerana kesesakan di Tanah Suci. Perkhidmatan ini dilakukan oleh Klinik Mutiara.Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:1. Harga Pakej 2 suntikan RM 150.002. Satu suntikan:i) Pneumococal (Radang paru-paru) RM120.00ii) Infleenza + H1N1 (Selsema) RM75.00Jika berminat sila SMS 017-3640629...

Tuesday, July 27, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN TERAKHIR

Bakal Haji 1431H yang masih belum membuat pemeriksaan Kesihatan atau belum mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccaine ACYW-135 boleh lah datang ke Klinik Tanglin pada 31 Julai 2010 hari Sabtu antara jam 8.00 hingga 11.00 pagi untuk tujuan tersebut. Pemeriksaan untuk bakal haji diberi percuma.Bakal haji hendaklah mendapatkan Buku Rekod Rawatan di TH Wilayah Persekutuan pada waktu kerja....

Tuesday, July 20, 2010

SURAT PANGGILAN SERAHAN PASPORT

Surat panggilan untuk menyerahkan passport akan dikeluarkan 12 Ogos 2010. Oleh itu THWP mungkin akan mula menerima passport pada 21 Ogos 2010 bukannya 3 Ogos 2010. Bakal haji diharap tidak terlalu bimbang untuk menyerahkan passport dengan segera. Masih ada masa, yang penting bakal haji telah membuat Pasport Malaysia Antarabangsa dengan Imigresen Malaysia. Bakal haji Permastautin Tetap hendaklah memastikan Pasport Negara Asal sah laku tidak kurang 15 Jun 20...

Monday, July 19, 2010

BAKAL HAJI STANDBY

Bakal haji menunggu (Standby)yang berurusan di Kuala Lumpur dikehendaki memgambil tindakan di THWP seperti berikut:1. Menjawap terima tawaran menunggu (Standby) dengan TH2. Mendapatkan Buku Rekod Rawatan dari TH dan seterusnya membuat pemeriksaan kesihatan di tempat yang ditentukan oleh TH3. Setelah lulus pemeriksaan kesihatan dapatkan pengesahan TH4. Mendapatkan buku-buku rujukan5. Dapatkan surat Kursus Haji IntensifPerkara diatas adalah sama dengan tindakan yang dilakukan oleh bakal haji terpilih.Urusan selanjutnya ialah seperti berikut:1. Surat menyatakan tarikh untuk serahan Pasport Malaysia Antarabangsa2. Surat Panggilan Kursus Haji Perdana3. Surat panggilan mengambil Gelang Pengenalan Diri, Beg Galas dan barang hadiah dari Sahabat Koporat.4. Surat Jadual Penerbang...

Monday, July 5, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK (BAB 4)

Semasa saya sedang di kawasan taman dihadapan rumah, saya memerhatikan sekeliling……….Ya Allah aku bersyukur ke atas limpah rahmatmu dengan engkau memberikan aku rezki. Tiba-tiba saya terfikir berkenaan rezkiku, samada saya telah memberikan hak kepada yang empunyai hak. Adakah rezki saya bercampur dengan halal dan haram. Maka terlintas satu bisikan yang mengatakan “ Rezki yang engkau dapat tidak bersih. Pergi haji dengan rezki yang tidak bersih tidak diterima Allah” Maka hatiku merasa gelisah dan bimbang. Adakah saya perlu membatalkan hajat ku untuk menunaikan haji pada tahun ini.Saya beristifar banyak-banyak…………………………….Saya mulai mengingatkan bahawa Allah itu sifatnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mesti ada jalan untuk saya membersihkan rezki ku, walau saya tidak beberapa pasti samada...

Thursday, July 1, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK (BAB 3)

Sedang saya membaca buku Panduan Ibadat Haji yang diberi oleh TH tergambar bagaimana kerdilnya dan lemahnya saya apabila saya sampai ke Tanah Suci nanti. Saya bayangkan manusia terlalu ramai semasa tawaf, sai, didalam Masjidil Al Haram, semasa di Arafah dan semasa bergerak ke tempat melontar dan semasa melontar. Terlafas pada lisan saya, Ya Allah! sesungguhnya saya tidak mampu untuk berhadapan dalam suasana itu, maka aku memohon bantuan mu Ya Allah! berilah aku kekuatan dan kemudahan supaya aku mampu melakukan perkara-perkara Rukun dan Wajib Haji dan Umrah. Tanpa aku sedari air mata ku meleleh di pipiku.Saya sedar bahawa haji adalah jihad, maka sudah pasti adanya ujian dan cabaran. Ujian bukan sahaja kesusahan dan kepayahan tetapi juga kesenangan dan kelapangan. Tujuan Allah member ujian...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes