Bakal haji 1431H harap mengambil perhatian maklumat berikut:1. Jadual Penerbangan Haji (JPH) TH akan mengeluarkan JPH kepada bakal haji sebulan sebelum berlepas (anggaran) kepada yang pergi cara muassasah. Bakal haji Pakej akan menerima JPH akan dihantar oleh pihak pakej yang dipilih.2. Perbelanjaan TambahanBakal haji dinasihatkan membuat simpanan tambahan bagi perbelanjaan seperti bayaran dam, dobi, perjalanan umrah, penghantaran barang, kad telefon dan lain-lain. Anggaran kira-kira RM40 sehari. 3. Pengeluaran WangBakal haji boleh membuat pengeluaran wang dari akaun TH bakal haji dengan membawa lencana sebagai pengenalan. Buku Akaun TH tidak perlu dibawa ke Tanah Suci. Pengeluaran boleh dibuat Zon di Madinah dan Maktab di Makah. Nilai wang dalam Saudi Riyal.4. Bayaran DamBayaran...