Wednesday, August 31, 2011

PERBETULKAN SYAHADAH SEBELUM MENUNAI HAJI DAN UMRAH

Kaum Muslimin dan Muslimat sepanjang masa perlu meneliti perbuatan dan sikap kita terhadap perkara-perkara yang boleh membatalkan Syahadah. Apabila Syahadah seseorang yang didapati telah batal semua amal Ibadat tidak diterima oleh Allah s.w.t.
Oleh itu memang sepatutnya dan tidak rugi jika kita membuat semakan berkaitan perkara yang boleh membatalkan Syahadah. Jika terdapat perkara-perkara yang membatalkan Syahadah pada diri kita, marilah sama-sama kita bertaubat dan memperbetulkannya.
Perkara-perkara yang membatalkan Syahadah adalah seperti berikut:
• Mempersekutukan Allah ( syirik ) dalam Ibadah. Antara perbuatan tersebut ialah meminta pertolongan kepada orang telah mati.
• Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan dirinya dengan Allah.
• Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu akan kekafiran mereka, membenarkan fahaman mereka. Antara menyatakan bahawa semua agama adalah sama iaitu untuk menjadi manusia supaya menjadi baik.
• Berkeyakinan bahawa ketentuan lain lebih baik dari ketentuan Nabi Muhamad s.a.w. Mereka lebih meutamakan peraturan-peraturan lain dalam kehidupan.
• Membenci ketetapan Nabi Muhammad s.a.w walaupun mereka melakukannya.
• Memperolok-olok terhadap ajaran Islam ataupun terhadap pahala dan dosa.
• Mengamalkan Sihir atau bomoh.
• Membantu orang kafir memusuhi kaum muslimin
• Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikut Syariat Nabi Muhammad s.a.w
• Berpaling secara keseluruhan dari ajaran Islam dan tidak mempelajarinya dan tidak melaksanakannya.
Bakal haji sudah sepatutnya meneliti perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah kerana akan melaksanakan Ibadat Yang Besar untuk mendapat keredaan Allah dan mendapat Haji Mabrur.

Tuesday, August 30, 2011

JADUAL PENERBANGAN HAJI 1432H

Bakal haji di Wilayah Persekutuan dan di Seluruh Malaysia akan mula menerima Jadual Penerbangan masing-masing berperingkat-peringkat bermula 8 September 2011. Bakal haji boleh mendapatkan maklumat Penerbangan Haji dengan menghubungi THCC 03-62071919. Jika bakal haji dimaklumkan bahawa jadual penerbangan telah diketahui, tunggu surat sehingga selepas 8 September 2011 kerana surat telah di poskan. Bagi bakal haji juga boleh mendapatkan maklumat penerbangan melalui e mail :phptdwil@lth.gov.my dengan menberi nama penuh dan No kad pengenalan untuk semakan.
Saya mengucapkan tahniah kepada bakal haji yang akan menerima Jadual Penerbangan dan dapat melaksanakan Ibadat Haji dengan menperolehi Haji Mabrur.

Monday, August 29, 2011

UCAPAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432 HIJRAH
MA’AF ZAHIR DAN BATIN
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 Hijrah kepada Muslimin dan Muslimat terutama kepada mereka yang melayari Blog Haji Saya, mereka yang berurusan dengan Tabung Haji Wilayah Persekutuan.
Saya mendoakan kita semua mendapat kerahmatan dan diterima amal dalam bulan Ramadhan.
Semoga kita dapat menegakan Hukum Allah pada diri kita, rumah tangga kita, masyarakat kita seterusnya Negara KITA MALAYSIA. Dielakan dalam diri kita kebencian kepada Pelaksanaan Islam dan Hukum Allah.
Kepada Baka Haji 1432 Hijrah semoga tabah dalam melakukan segala Rukun, Wajib dan Sunat berkaitan Ibadat Haji, amalan seharian di dua Tanah Haram Mekah dan Madinah. Kembali nanti membawa Haji Mabrur seterusnya memberi keberkatan dan keamanan kepada Tanah Air Malaysia.

Saturday, August 27, 2011

SURAT PANGGILAN KURSUS PERDANA HAJI 1432H

Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah pos surat Panggilan Kursus Perdana Haji pada 26 Ogos 2011. Jika bakal haji tidak menerima surat panggilan kursus sehingga 6 September 2100 boleh datang ke THWP untuk mendapatkan salinan.
Bakal Haji yang akan menerima surat tersebut tapi tidak dapat hadir kursus sila menghantarkan slip jawapan di Tabung Haji Wilayah Persekutuan, TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, KL. Jawapan mereka yang tidak hadir kursus adalah SANGAT PENTING supaya tidak berlakunya pembaziran makanan. Bakal haji yang akan hadir, slip kehadiran perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa membuat pendaftaran pada 17 September 2011. Pendaftaran bermula jam 2.00 petang dan TH tidak menyediakan makan tengahari.
Kursus Perdana Haji Wilayah Persekutuan akan di adakan di Dataran dan Masjid Putra, Putrajaya pada 17 dan 18 September 2011. Bakal haji akan mengikuti kursus selama 2 hari 1 malam. Bakal haji yang berkenderaan sila lekatkan stiker kenderaan pada cermin hadapan kenderaan bagi memudahkan urusan membantu bakal haji menuju ke tempat letak kereta yang di sediakan iaitu di hadapan Bangunan Kementerian Kewangan.
Semasa menghadiri kursus sila bawa kain ihram, anak batu 30 biji, selipar, tikar dan beg berasingan jika hadir suami isteri. Peserta kursus akan bermalam di tempat yang ditentukan bagi wanita dan lelaki.

Wednesday, August 24, 2011

SAMPAI KE MADINAH ATAU KE MEKAH

Apabila bas sampai di Hotel penginapan Madinah atau Mekah, bakal haji jangan turun daripada bas. Petugas TH akan menaiki bas dan membuat beberapa pengumuman dan setelah itu barulah boleh turun daripada bas. Bakal haji akan membawa barangan dan pastikan tiada tertinggal dalam bas. Apabila turun dari bas terus ke bilik yang telah di tentukan di stiker. Kebiasaan pintu bilik telah dibuka dan kunci telah di letakan pada tempat kunci. Pada pintu bilik di lekat nama penghuni bilik dan boleh di rujuk supaya tidak tersalah bilik.


Bagasi akan dibawa oleh petugas ke tingkat masing-masing mengikut stiker yang terlekat pada beg. Jika beg tiada dalam masa 1 jam boleh membuat aduan kepada petugas TH. Bakal haji juga boleh mendapatkan maklumat dari petugas TH, kumpulan yang baru sampai menginap di tingkat berapa. Jika mereka menginap di tingkat 4 hingga 7 sebagai contoh, bakal haji boleh mencari di tingkat tersebut kerana kemungiknan beg tersalah hantar. Peringgakat kepada bakal haji jika terdapat dalam bilik beg yang bukan kepunyaan penghuni bilik, sila letak di luar bilik.
Bilik penginapan di asingkan mengikut jantina, bilik lelaki untuk bakal haji lelaki dan sebaliknya. Tabung Haji memaklumkan bahawa setiap bakal haji membawa beg pakaian masing-masing kerana mereka akan menginap di berlainan bilik.

Monday, August 22, 2011

PERJALANAN KE MADINAH ATAU KE MEKAH

Perjalanan bakal haji ke Madinah mengambil masa antara 5 hingga 7 jam dan jaraknya ialah 424 km. Perjalanan ke Mekah mengambil masa 2 hingga 3 jam dan jaraknya 72 km. Semasa dalam pertengahan perjalanan ke Madinah bas akan berhenti di tempat rehat yang terdapat kedai makan, tandas dan masjid. Bakal haji bolehlah berehat dan mengambil kesempatan untuk keperluan. Pastikan apabila turun bas hendaklah berteman, lencana, gelang pengenalan haji di pakai dan ingat no bas yang dinaiki.
Setelah selesai keperluan, bersegera menaiki bas dan pastikan kawan di sebelah telah menaiki bas sebelum bas bergerak. Apabila bas hampir sampai di Madinah, bas akan berhenti di Al Hijrah bagi tujuan pemeriksaan dan hanya tinggal 8 km untuk sampai ke Madinah. Bas akan berhenti kira-kira setengah jam bagi tujuan pemeriksaan. Jika banyak bas dan sibuk mungkin mengambil masa 1 jam atau lebih.
Bas yang ke Mekah tidak akan berhenti di pertengahan perjalanan tapi berhenti bagi tujuan pemeriksaan di Jummum dan jarak ke Mekah 20 km.

Saturday, August 20, 2011

KAWASAN MENUNGGU BAS DI TERMINAL

Di kawasan menunggu bas di lapangan terbang untuk ke Madinah atau ke Mekah, petugas TH akan memaklumkan kepada bakal haji supaya meletak bagesi di tempat yang di tentukan mengikut No. Bas dan bakal haji hendaklah berada di kawasan mengikut No. Bas. Di kawasan ini ada kemudahan tandas, tempat solat, klinik TH, kedai-kedai dan kemudah telefon awam. Bakal haji hendaklah berehat dan mengambil perhatian apabila petugas TH membuat pengumuman. Jika hendak ke tandas atau ke kedai seeloknya berteman terutama bakal haji wanita atau warga emas supaya tidak tersesat jalan.
Bagasi akan diuruskan oleh petugas untuk disusun di atas bumbung bas atau di tempat letak barang di bahagian perut bas. Apabila sampai masa untuk menaiki bas, petugas TH akan memaklumkan supaya bakal haji beratur untuk menaiki bas mengikut No. Bas yang ditentukan pada stiker yang di beri di Malaysia. Sebelum bergerak pastikan tiada barang kepunyaan yang tertinggal. Bakal haji boleh bergerak untuk menaiki bas dan Wakil Bersatu akan mengambil Paspot. Sebelum bas bergerak petugas TH akan mengedarkan bungkusan makanan dan air. Semasa bas bergerak ke tempat di tuju petugas TH bersama.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes