Saturday, October 20, 2012

PERSIAPAN UNTUK MASHAIR

Bakal Haji akan mula berangkat ke Arafah pada 8 Zulhijah. Persiapan barang-barang dan pakaian semasa berada di Mina telah disiapkan dalam beg. Pakaian Ihram yang akan di pakai juga telah disediakan.

Miqat untuk berniat bagi Haji ( Haji Tamattuk ) adalah di Hotel tempat menginap semasa hendak menaiki bas ke Arafah.

Barang tambahan yang agak penting, perlu di bawa adalah seperti berikut:

1. Kole  aluminium untuk kegunaan mengambil air panas semasa di Arafah dan Mina. Kegunaan buat air tea atau membuat mee segera. Juga kegunaan untuk ke bilik air bagi meletakan berus gigi dan sabun supaya tidak termasuk dalam lubang tandas.
2. Tali Nyalon untuk dibuat ampaian  untuk menyangkut kain tuala,pakaian di Arafah dan Mina. Juga boleh menyambungkan antara kemah bagi menghalang cahaya matahari masuk dalam khemah.

3. Plastik yang diguna membuang sampah ( plastik besar ) untuk persiapan jika berlaku hujan. Apabila hujan boleh dimasukan beg pakaian dalam plastik tersebut supaya beg tidak basah. Juga boleh digunakan untuk dimasukan pakaian yang telah kotor.

4. Pisau Kecil untuk memotong buah. Di Arafah dan Mina. Buah-buahan banyak disediakan oleh Muassasah.

Selamat Berwukuf kepada Jemaah Haji semoga mendapat Keampunan dan Rahmat Allah s.w.t.

(Gambar di atas adalah Tandas bertingkat di Arafah)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes