Saturday, September 15, 2012

LAPOR DIRI DI KOMPLEKS HAJI KELANA JAYA

Stesen berlepas Jemaah Haji di Kompleks Haji Kelana Jaya telah disediakan beberapa kemudahan seperti Masjid, Kantin, Bilik Penginapan kepada bakal haji luar Lembah Kelang (tertakluk kepada kekosongan) dan Khemah untuk tempat berehat bakal haji. Kaunter TH urusan simpanan dan Bank Islam bagi urusan Penukaran wang Rial Saudi juga disediakan.
Kawasan ini tiada tempat letak kenderaan dan penghantar boleh mendapatkan tempat letak kenderaan di kawasan berhampiran. Jangan letak kenderaan di kawasan perumahan terutama di hadapan rumah. Kenderaan penghantar dibenarkan masuk dalam kawasan Kompleks Haji untuk menurunkan bakal haji dan beg-beg bakal haji. Kemudian kenderaan tersebut hendaklah keluar dari kawasan tersebut.
Penghantar dinasihatkan tidak telalu ramai kerana kawasan terhad.
Bakal haji dinasihatkan berada di Kawasan Kompleks Haji 2 jam lebih awal dari waktu Lapor Diri bagi melakukan urusan-urusan tertentu dengan Pihak TH.

BAKAL HAJI MELAPOR DIRI


Bakal Haji hendaklah memastikan tarikh dan waktu melapor diri berpandukan Surat Jadual Penerbangan (SJP). Jika tidak jelas atau keliru sila hubungi THCC 03 62071919 untuk kepastian. THCC akan beroperasi 24 jam bermila 16 September 2012.
Sebelum bergerak ke Kelana Jaya atau stesen berlepas yang lain, pastikan SJP , Buku Rekod Rawatan dibawa dan disimpan dalam beg bimbit yang akan bersama dengan bakal haji. Dokumen tersebut akan di buat rujukan selalu.
Pasti Gelang Pengenalan Haji (GPH) di pakai di rumah sebelum bergerak ke Kelana Jaya. Bakal yang masih belum menerima GPH buat laporan semasa di Kelana Jaya.
Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Buku Akaun TH  dan apa-apa dokumen yang  tidak diperlukan di Tanah Suci, jangan dibawa.
Bakal Haji hendaklah berada di Kompleks Haji Kelana Jaya 2 jam sebelum waktu melapor diri.
Apabila sampai sila rujuk kepada Petugas TH. Bakal Haji boleh mengambil Lencana, Beg Selendang, Stiker penempatan dan lain-lain yang akan diserahkan kepada bakal haji.
Semasa melapor diri Pasport, Bording Pas dan tiket kapalterbang akan diserahkan. Seterusnya melalui proses selanjutnya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes