Tuesday, May 24, 2011

PERSIAPAN BAKAL HAJI 1432H

Kursus Asas Haji
Bakal Haji 1432H yang berurusan dengan TH Wilayah Persekutan akan menamatkan Kursus Asas Haji pada 19 Jun 2011.
Pemeriksaan Kesihatan
Bermula 23 Mei 2011 bakal haji telah dipanggil membuat pemeriksaan kesihatan di Tingkat 17, Menara TH Perdana, Maju Junctions, Jalan Sultan Ismail, KL. Bakal haji WP yang masih belum mendapatkan surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan, boleh berurusan dengan pejabat THWP untuk mendapatkan tarik pemeriksaan. Pemeriksaan Kesihatan di THWP sehingga 1 Jun 2011 dan tarikh tambahan akan dimaklumkan kemudian.
Kursus Intensif Haji
THWP akan mengeluarkan surat panggilan Kursus Intensif pada 27 Mei 2011. Kursus Intensif akan bermula 20 Jun 2011. Bakal haji yang menerima panggilan KIH dikehendaki membuat pengesahan kehadiran di THWP. Jika bakal haji tidak membuat pengesahan, maka THWP beranggapan mereka tidak akan hadir tarikh tersebut.
Pasport Malaysia Antarabangsa.
Serahan Pasport Malaysia Antarabangsa bagi Warganegara dan Pasport Negara Asal bagi Permastautin Tetap dijangka dilakukan pada bulan Rejab atau Syaban 1432H. Surat panggilan akan dikeluarkan kepada bakal haji.
Serahan Buku dan barang-barang
TH akan memberi 5 jenis buku secara percuma kepada bakal haji Terpilih.
Buku tersebut ialah Buku Panduan Ibadat Haji dan Umrah, Buku Soal Jawab Haji dan Umrah, Buku Doa, Buku Panduan Perjalanan dan Buku Panduan Kesihatan. Buku Tambahan ialah Buku Ringkasan Ibadat Haji dan Umrah dengan Harga RM5.90. DVD Haji Tamattiu, Haji Ifrad dan Haji Qiran, Umrah dan Ziarah dengan harga tiap-tiap satu RM50 dan VCD perjalanan haji RM20.00
Penyerahan Gelang , beg galas dan barang-barang hadiah (jika ada) akan dimaklumkan dengan mengeluarkan surat pangilan.
Kursus Perdana Haji
THWP dijangka akan mengadakan Kursus Perdana Haji pada minggu kedua bulan Shawal 1432H. Surat panggilan akan dikeluarkan kepada bakal haji.

Monday, May 16, 2011

KLINIK SWASTA

Bakal haji di Wilayah Persekutuan, Ampang, Gombak, Selayang yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan Klinik Swasta yang di benar oleh Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan kesihatan bakal haji boleh bertanya melalui email : phptdwil@lth.gov.my atau mazlan59@gmial.com dengan memaklumkan nama dan alamat klinik supaya dapat disahkan.



Pejabat Kesihatan telah membenarkan sebanyak 116 buah klinik bagi kawasan bakal haji seperti di atas untuk musim 1432H. Oleh itu blog ini tidak dapat mempamirkan semua nama klinik tersebut.

Saturday, May 14, 2011

BAYARAN HAJI 1432H

Bakal haji 1432H telah ditolak bayaran haji dari Akaun TH . Bakal haji yang pertama kali menunaikan haji akan di masukan tanggungan haji sebanyak RM4,360.00 dahulu dalam Akaun TH mereka dan kemudian ditolak RM14,340.00. Bakal haji yang kali kedua atau lebih dan Permastautin Tetap (PR) akan di tolak dari Akaun TH mereka RM14,340.00.
Bakal haji yang memilih untuk pergi menunai haji degan Pakej TH atau Syarikat yang di benar TH masih lagi bertaraf Muassasah dan jumlah yang ditolak adalah jumlah seperti di atas. Apabila bakal haji telah di daftar dalam sistem TH mengikut Pakej TH atau Syarikat yang di benarkan TH, akan di masukkan semula jumlah yang di tolak awal dan ditolak RM7,369.00 sahaja. Perbezaan yang perlu dibayar kepada syarikat akan dilakukan oleh bakal haji.
Bayaran haji tidak termasuk bayaran dam jika bakal haji mengerjakan haji cara Tamattuk, Korban , mengupah Tawaf, Saie, Melontar, Sarapan pagi (Muassasah), tambang ke miqat untuk umrah sunat, tambang Ziarah di Mekah, Dobi, bayaran Pre Paid telefon dan lain-lain.

Wednesday, May 11, 2011

ISTILAH DALAM IBADAT HAJI

Haji Mabrur : Haji yang diterima oleh Allah s.w.t.
Haji Mardud : Haji yang ditolak oleh Allah s.w.t
Talbiah : Ucapan yang disunatkan apabila sesorang telah berniat Ihram Umrah atau Haji. Talbiah Umrah bermula berniat sehingga apabila hendak tawaf. Talbiah Haji bermula berniat sehingga apabila hendak melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah.
Idtiba’ : Memakai pakaian Ihram (lelaki) yang dibuka bahu kanan (sunat) semasa tawaf yang diiringi dengan Saie. Idtiba’ makruh pada masa-masa lain.
Hari Tarwiyah : Hari pada 8 Zulhijjah jemaah haji mula bertolak ke Arafah untuk Wukuf.
Hari Wukuf : Hari pada 9 Zulhijjah jemaah haji berada di Arafah
Hari Nahar : Hari pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Haji dan jemaah haji melontar Jamrah Kubra.
Mabit di Muzdlifah : Berada di bumi Muzdlifah dalam tempuh selepas separuh malam 10 Zulhijjah hinggalah terbit fajar, walaupun sekejap dalam keadaan apa saja, samada dalam kenderaan yang sedang bergerak
Tahalul Awwal : Melakukan 2 dari 3 perkara iaitu Melontar Jamrah Kubra, Tawaf dan Saie Haji dan Bercukur atau Bergunting. Segala Larangan dalam Ihram telah gugur kecuali Kahwin atau dikahwini, Melakukan perbuatan permulaan persetubuhan dan bersetubuh.
Tahalul Thani : Selesai melaksanakan kesemua 3 perkata seperti Tahalul Awwal. Terlepaslah segala larangan Ihram.
Hari Tasyriq : Hari pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Bermabit di Mina : Berada di Mina pada malam Hari Tasyriq melebihi separuh malam.
Nafar Awwal : Meninggalkan bumi Mina pada 12 Zul Hijah sebelum terbenam matahari ( Magrib) dengan syarat-syarat nya.
Nafar Thani : Meninggalkan bumi Mina setelah menyempurnakan amalan-amalan pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

Sunday, May 8, 2011

UJIAN KEDUA SEMASA PEMERIKSAAN KESIHATAN

Bakal Haji bukan sahaja kena membuat pemeriksaan kesihatan tapi perlu mengambil pengajaran bahawa semasa urusan pemeriksaan kesihatan ada beberapa keadaan yang melatih diri untuk menghadapi ujian sebelum menghadapi ujian di Tanah Suci.
DATANG PADA TARIKH DAN MASA YANG DITENTUKAN.
Apabila bakal haji melaksanakan Ibadat Haji, tarikh dan masa sangat penting di patuhi.
Wukuf : Ada tarikh dan masa iaitu tarikhnya pada 9 Zul Hijah dan masanya dari tergelincir matahari hingga terbit fajar 10 Zulhijah.
Melontar Jamrah Kubra sahaja: Tarikhnya 10 Zul Hijah dan masanya selepas tengah malam
Tawaf Haji: Tarikhnya 10 Zul Hijah dan masanya selepas tengah malam.
Apabila bakal haji dapat menyesuaikan diri dan mematuhi ketetapan semasa Pemeriksaan Kesihatan, Insya Allah perkara yang berkaitan tarikh dan masa dalam Ibadat Haji dapat dipatuhi.
MENUNGGU GILIRAN
Semasa melaksanakan Ibadat Haji, bakal haji perlu mengikut giliran dalam banyak perkara. Pergerakan ke Arafah, Mudzlifah, Mina perlu mengikut giliran. Mendapatkan makanan di Arafah dan Mina perlu mengikut giliran. Menggunakan tandas di Arafah dan Mina mengikut giliran.
Semasa berada di Tanah suci juga perlu mengikt giliran. Menaiki lif, mendapat makanan, mendapat perkhidmatan TH, perkhidmatan perubatan, membeli makanan dan keperluan juga perlu mengikut giliran.
Dalam satu hari semasa di Tanah Suci dan Ibadat Haji terlalu banyak aktiviti yang perlu mengikut giliran. Bakal haji mungkin tidak dapat menahan sabar dan mudah marah. Maka semasa Pemeriksaan Kesihatan, jika bakal haji dapat bertenang dan sentiasa berIstifar dan berzikir semasa menunggu giliran atau membawa buku (bahan bacaan) untuk dibaca semasa menunggu. Insya Allah urusan ini dapat berjalani dengan baik.
PERATURAN
Bakal Haji apabila hendak membuat pemeriksaan kesihatan, perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh apabila menerima surat panggilan, dinyataka beberapa tindakan perlu diambil seperti menghantar slip kehadiran, mengambil Buku Rekod Rawatan, membawa rekod dan catatan nama ubat yang dimakan dari Doktor merawat (jika ada). Ini sebahagian peraturan yang ada semasa membuat pemeriksaan kesihatan.
Perkerjaan Ibadat Haji juga menentukan pelbagai peraturan seperti Rukun, Wajib, Sunat, Haram, Larangan semasa Ihram, Peraturan Kerajaan Arab Saudi dan sebagainya. Insya Allah apabila telah dibiasakan dengan peraturan, apabila melaksanakan Ibadat Haji bakal haji akan terbiasa.

Saturday, May 7, 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN TABUNG HAJI WP BERMULA

Unit Haji Tabung Haji Wilayah Persekutuan ( THWP ) akan mengeluarkan surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan pada 9 Mei 2011 kepada bakal haji Terpilih 1432H sahaja. Bakal Haji hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan pada tarikh dan masa yang ditentukan. Untuk pengesahan kehadiran bakal haji, slip kehadiran hendaklah di hantar ke THWP sebelum 18 Mei 2011. Jika tidak menghantar slip kehadiran, bakal haji dianggap tidak akan hadir pada tarikh yang ditentukan. Ini bermakna bakal haji tersebut akan membuat pemeriksaan kesihatan dengan Klinik Swasta yang dibenarkan oleh Jabatan Kesihatan dengan kos ditanggung sendiri.
Pemeriksaan Kesihatan Wilayah Persekutuan akan bermula 23 Mei 2011. Tempat pemeriksaan Kesihatan adalah di Tingkat 17, Merana TH Perdana, Maju Junctions,1001 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan akan diberi kepada 100 bakal haji sahaja sehari. Apabila bakal haji telah lulus kesihatan dan mendapat suntikan Maningitis, Buku Rekod Rawatan boleh diserahkan untuk semakan dan dimasuk dalam sistem TH. Keputusan Kesihatan bakal haji perlu di kemaskinikan dalam sistem TH bagi tujuan kelulusan untuk Visa Haji.

Monday, May 2, 2011

PILIHAN MASUK MADINAH DULU ATAU MEKKAH DULU

Bakal haji yang pertama kali ingin menunaikan haji akan tertanya-tanya samada masuk Madinah atau Mekkah dahulu. Madinah dulu atau Mekkah dulu adalah sama kelebihannya tertakluk keadaan bakal haji.
Masuk Madinah dulu:
Bakal Haji yang muda atau yang mempunyai kesihatan dan fizikal yang baik mempunyai kelebihan untuk meningkatkan keimanan dan keislaman dengan melawat makam Nabi Muhammad s.a.w, kesan-kesan sejarah seperti perkuburan Baqi, Makam sahabat, Masjid, Medan peperangan Uhud dan Khandak. Bakal haji akan merasakan sangat berharga dan bernilai Islam dan Iman yang mereka ada kerana untuk sampai Islam dan Iman memerlukan pengorbanan yang besar dari Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Apabila mengerjakan ibadat haji, menghadapi beberapa kesulitan, kesusahan dan dugaan maka teringat Nabi dan sahabat lagi susah dan terseksa semasa mengembangkan Islam di bumi Mekkah. Insya Allah bakal haji akan merasa redo dan bersyukur.
Masuk Mekkah dulu:
Bakal Haji yang lanjut usia atau yang mengidapi penyakit adalah sesuai masuk Mekkah untuk membiasakan suasana Mekkah. Berkesempatan untuk membuat lawatan ke Arafah, Mudzlifah, Mina dan tempat yang bersejarah bagi persiapan untuk haji. Membiasakan melakukan Ibadat Umrah mengikut kemampuan, ibadat lain semasa menunggu hari Wukuf. Kebiasaan bakal haji yang masuk Mekkah akan menaiki penerbangan pertengahan atau akhir ke Tanah Suci. Apabila selesai Wukuf dan sumpurna Ibadat Haji maka sangat sesuai ke Madinah. Madinah adalah Bandar yang selesa dengan kemudahan Hotel yang baik, perjalanan ke Masjid dengan jaraknya yang dekat dan mendatar, tidak menurun dan menaiki bukit seperti di Mekkah. Aktiviti di Madinah adalah melakukan ibadat yang biasa semasa di Malaysia tapi ganjaran daripada Allah s.w.t sangat besar dan perlu menjaga adab-adab.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes