Monday, August 30, 2010

KURSUS HAJI PERDANA

Kursus Haji Perdana 1431H Wilayah Persekutuan akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 25 dan 26 September 2010. Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada bakal haji suasana sebenar yang akan dilalui oleh bakal haji di Tanah Suci berkaitan perlaksanakan haji. Ilmu berkaitan haji yang diperolehi melalui Kursus Haji Bersiri, Kursus Haji Intensif dan Kursus Haji Khas di amalkan semasa Kursus Haji Perdana. Panduan ibadat haji hanya dapat dijelaskan oleh Pembimbing semasa hendak melakukan Tawaf, Sae dan melontar sahaja. Semasa perlaksanaan tiada yang membimbing, hanya ulasan selari yang dimaklumkan oleh Pembimbing secara umum.
Pengalaman semasa melalui Kursus Haji Perdana bakal haji akan mengalami beberapa masalah dan kesulitan. Maka bakal haji hendaklah bersedia menyesuaikan diri dengan suasana ini kerana pengalaman ini mungkin akan di tempuh di Tanah Suci. Bakal haji akan mengikuti kursus ini 2 hari 1 malam. Semasa kursus TH akan menyediakan minum petang dan makan malam pada 25 Sept. 2010. Sarapan pagi disediakan pada 26 Sept 2010 dan dijangka tamat sebelum Zuhor .
Surat panggilan akan diposkan pada 6 September 2010 kepada bakal haji Terpilih sahaja yang dikendalikan oleh THWP.

Saturday, August 21, 2010

SERAHAN PASPORT HARI PERTAMA

Saya ingin memohon maaf kepada bakal haji yang membuat penyerahan pasport hari ini (21 Ogos 2010) kerana terpaksa menunggu lama.
Bagi bakal haji yang dijadual datang pada esok (22 Ogos 2010) yang tiada masalah datang pada hari kerja bolehlah menyerah pasport bermula 6 September 2010 sehingga akhir Ramadhan bagi mengelakan menunggu lama.
Bakal haji terpilih boleh juga menyerah pasport di Lantai 30 Ibu Pejabat TH Jalan Tun Razak bermula 23 Ogos 2010 dan TH Ampang bermula 26 Ogos 2010 pada hari kerja.

Friday, August 13, 2010

SERAHAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

THWP akan memgeluarkan surat panggilan untuk menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) pada 16 Ogos 2010. Serahan PMA di adakan pada 21 dan 22 Ogos 2010 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Bakal haji diminta hadir pada hari yang ditentukan. Bakal haji hendaklah menyerahkan PMA mereka sendiri dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Penyerahan boleh dilakukan di kaunter Simpanan/pengeluran dan kaunter haji THWP Jalan Sultan Ismail. KL. Bakal haji perlu membawa gambar Visa 2 keping berukuran 4 cm x 6 cm berlatarbelakang putih. Sila catatkan di belakang gambar Visa nama dan no. Kad Pengenalan.
Bakal haji juga boleh menyerahkan Buku Rekod Rawatan yang telah diluluskan oleh Doktor dan membuat semakan samada untuk mengambil Gelang Pengenalan Diri jika ada.
Pada hari tersebut Suntikan Tambahan boleh dilakukan dengan bayaran RM150.00 bagi kedua-dua suntikan.
DVD Ibadat Haji juga boleh dibeli pada hari tersebut dengan harga RM50

Saturday, August 7, 2010

DVD IBADAT HAJI

TH telah melancar DVD yang diterbitkan oleh TH berkaitan Ibadat Haji pada 5 Ogos 2010 di Ibu Pejabat TH. DVD tersebut dapat membantu bakal haji untuk dijadikan alat bantuan memperjelaskan lagi pengetahuan yang diperolehi.
Bakal haji yang ingin memantapkan pengalaman perjalanan dan ibadat haji boleh mendapatkan DVD dengan menghubungi email: mazlan59@gmail.com. Harga DVD tersebut adalah seperti berikut:
1. DVD Panduan Perjalanan Haji RM20.00
2. DVD Panduan Haji Tamattu` RM50.00
3. DVD Panduan Haji Ifrad RM50.00
4. DVD Panduan Haji Qiran RM50.00
5. DVD Panduan Umrah Dan Ziarah RM50.00
Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia RM5.00 setiap satu .

DVD Panduan Perjalanan Haji:
Bakal haji akan mendapat gambaran yang lebih jelas pengalaman yang akan dilalui dari persiapan di rumah, di Kompleks Haji, Lapangan terbang Jeddah, Madinah, Makkah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan kembali ke Tanah Air.
DVD Panduan Haji Tamattu’
Membantu bakal haji yang akan melaksanakan Haji Tamattu’ dengan rakaman sebenar dan panduan mengerjakan Umrah bagi Haji Tamattu’, Persiapan sebelum Wukuf, Suasana di Arafah, Mabit di Mudzdalifah, Mina, Melontar Jamrah dan seterusnya Saied an Tawaf.
DVD Panduan Haji Ifrad dan Qiran
Membantu bakal haji yang melaksanakan haji Ifrad dan Qiran.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes